PUTRAJAYA: Seorang pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) meningg4l dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian di gunung tertinggi dunia itu, malam semalam.
Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disahkan meningg4l pada jam 10.30 pagi tadi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) ketika sedang menerima rawatan lanjut di Kem 4.
Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata ketika kejadian Allahyarham bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan h4nya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.
Katanya, selepas kejadian Allahyarham dibawa ke Kem 4 dengan bantu4n malim gunung untuk diberikan rawatan lanjut, sebelum disahkan meningg4l dunia pagi tadi.

“Selepas terjatuh, Allahyarham masih dalam keadaan sedar sebelum dibaw4 turun manakala Hawari meneruskan pendakian sehingga ke puncak.
“Jenazah akan dibawa turun sehingga ke Kem 2 esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter. Namun ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Azim berkata kejadian itu sud4h dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysi4 di Nepal dan selepas dibawa turun jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
“Keluarga Allahyarham juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Pihak kami akan bekerjas4ma dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah,” katanya.
Allahyarham Awang Askandar adalah Ketua Angkat4n Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dan berasal dari Sabah.

Mengikut laporan media tempatan Nepal, Allahyarham adalah warga asing ke sembil4n meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini.
Misi ME 2023 ini adalah percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.
Azim berkata, misi pendakian itu dipecahkan kepada dua pasukan di mana Allahyarh4m bersama Hawari memulakan misi pertama manakala dia dan Tiong Ling Yang, 30, dalam kumpulan kedua.
Katanya, misi kumpulan kedua terpaksa ditangguhkan bagi mengurusk4n proses membawa keluar jenazah Awang Askandar.
Sementara itu, Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor ketika dihubungi mengesahk4n kejadian itu dan berharap seluruh ahli keluarga bersabar menerima berita sedih itu.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai kematian Pengarah APM Kedah berkenaan.
“Malawakil kami di Kathmandu telah memaklumkan mengen4i kematian itu.
“Kami telah mengarahkan Malawakil untuk memantau proses membawa turun jenazah ke Base Camp sebagai langkah pertama operasi itu,” katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, mal4m ini.
sumber : bh online