KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan kerajaan negeri digesa tampil menjelask4n mengenai pemberian sagu hati raya yang didakwa sebanyak RM10,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB selepas tular satu notis mengenai perkara itu.
Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, perkara itu perlu dijelaskan sama ada surat yang tular itu betul atau sebaliknya.
Katanya, AKSB perlu menjelaskan rasional pemberi4n sagu hati sama ada ianya sepadan dengan pencapaian dan sasaran AKSB dalam isu pembekalan air bersih.
“Sehari dua ini berlegar surat yang dikatakan dari pengurusan AKSB mengenai bonus raya baru-baru ini sebany4k RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah sedangkan staf AKSB diberi imbuhan sebanyak RM200 seorang sahaja.
Jika benar sebagaimana disebut, bermakna tiada langkah positif darip4da kenyataan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) yang menjadi asas perubahan pentadbiran AKSB dalam membaiki perkhidmat4n sekiranya ganjaran yang diperoleh tidak sepadan deng4n hasil kerja mereka.
“Ini dikhuatiri boleh merencatkan proses Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan negeri dalam membaiki perkhidmatan air kiranya tadbir urus dan tata kelola yang baik tidak diamalkan secara tuntas oleh pihak pengurusan mereka,” kat4nya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, tular satu notis mengenai pemberi4n s4gu hati raya kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB sebanyak RM10,000 yang tular sejak semalam.
Pemberian itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengar4h AKSB. Selain itu, turut dinyatakan dal4m notis itu mengenai pemberian saguhati kepada semua kakitangan bernilai RM200 dan kepada setiausaha syarikat RM2,000.