‘And4i PH-BN tersungkur, Ahmad Zahid perlu berundur secar4 terhormat’

KUALA LUMPUR: PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berundur daripada jawatan secara terhorm4t, jika Pakatan Harapan (PH) dan Baris4n Nasional (BN) gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai nanti.

Cabaran itu dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, sebagai tindak balas kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggunak4n PRN enam negeri sebagai ‘kayu ukur’ sokongan rakyat.

Khairil Nizam berkata; “Andai PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat.”

Katanya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sud4h membuktik4n BN-UMNO merekodk4n keputusan terburuk dalam sejarah politiknya.

“Ini kerana BN-UMNO hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen saja dengan UMNO mendapat 26 kerusi, dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahad lalu, Ahmad Zahid mencabar Muhyiddi menggunak4n Pilih4n Raya Negeri (PRN) sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO itu turut mengucapk4n selamat maju jaya kepada Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterim4 rakyat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Vaisakhi, di ibu negara.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.

Katanya, peralihan sokongan ini juga ditamb4h deng4n perbalahan pembahagi4n kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka.

“PAS yakin kemelut yang berlaku dalaman PH-BN, selain kelemahan pentadbir4n Perd4na Menteri kesepuluh (PMX) yang terlalu ketara akan dihukum raky4t dalam PRN ini,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments