KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputus4n Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah ‘Allah’ bertujuan mengelak sebarang keputus4n dibuat berterusan bercanggah dengan apa yang diputuskan Majlis Raja-Raja Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penarikan rayuan itu memberi ruang kep4da kerajaan untuk menambah baik semua aspek, malah ia juga selar4s pandangan serta nasihat Peguam Negara.
“Peguam negara berpendapat rayuan (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi) bertentangan dengan (keputusan berkaitan kalimah Allah yang dibuat) Majlis Raja-Raja Melayu. Peguam Negara (juga berpendapat) kes lemah kerana peraturan dibuat KDN (Kementerian Dalam Negeri).
“Justeru, keputusan dibut atas pandangan untuk perkem4s. (Jika) kita buat (teruskan rayuan) kes (akan) bangkit lagi (di mahkamah kerana kes lemah).
“(Jadi) kita tamatkan dengan pinda supaya tak ada kes lagi. Ini jelas satu kekuatan, apa (yang) lemahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambah4n Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.
Terdahulu, Takiyuddin meminta Perdana Menteri memperjelas rasional di sebalik tindak4n kerajaan menarik balik rayuan kes kerana berpendapat tiada salahnya ia diteruskan memandangkan kes akan diadili tig4 hakim di Mahkamah Rayuan berbanding hanya seorang di Mahkamah Tinggi.
Anwar sebelum ini mengumumk4n Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasa4n dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja bagi menyelesaikan isu terbabit secara menyeluruh dan bersepadu.
KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbit4n bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytihar4n mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan keputusan dibuat sama ada oleh KDN dan Kabinet pada 1986 tidak pernah dipinda sama ada ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) mahupun Perikat4n Nasional (PN).
“Sekarang ini Kerajaan Perpaduan nak pinda (peraturan sedia ada). Peguam Negara berpendapat rayu4n itu bertentangan dengan keputusan awal yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu.
“Saya fikir tak ada permasalahan di sini, kalau rakan sebelah sana (pembangkang) ambil pendekatan objektif, apakah tak wajar ambil keputusan sebegini (laksanakan pindaan).
“Kerajaan Perpaduan sekarang ambil keputusan meminta perken4n Raja-Raja Melayu supaya semua yang bercanggah dengan peraturan dalam semua akta dan peraturan kita batalkan jika bertentangan dengan kes yang disebut,” katanya.