KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, semalam, tampil memberi penjelasan berhubung status sebidang tan4h seluas 129 hektar di daerah Nabawan yang didakwa dimohon atas namanya.
Penjelasan itu berikutan tuduhan negatif terhadapnya oleh pemimpin pembangk4ng selepas permohonan tanah (PT) atas namanya disebarkan di media sosial oleh pihak tertentu.
Dalam penjelasannya ketika sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam, Abdul Ghani terlebih dahulu mengakui mengenai kewujudan PT atas namanya.
Katanya, tanah dalam permohonan itu adalah bekas Hutan Simpan Pensiangan Kelas II yang sudah dibubarkan sebelum diwartakan sebagai Tanah Kerajaan Tatalaan dan menjadi rebut4n banyak pihak termasuk syarikat besar dari luar Nabawan.
“Pemimpin masyarakat mendapati banyak permohonan daripada orang luar Nabawan dan syarikat yang sangat berminat untuk memohon tanah itu khususnya pendudukan tanah sementara (TOL) untuk membalak.
“Penduduk kampung tidak mahu tanah ini jatuh ke tangan orang luar atau syarikat dari luar Nabawan. Oleh itu, mereka merancang untuk terlebih dahulu memohon kawasan itu dengan tujuan menubuhkan koperasi untuk projek ternakan melalui usaha sama Lembaga Pembangunan Tanah Negeri Sabah (SLDB).
“Cuma masalahnya, koperasi masih dalam peringkat permohon4n dan pemimpin masyarakat di kawasan itu tidak yakin serta khuatir tidak dapat bers4ing dengan individu dan syarikat yang mempunyai kemampuan serta sumber yang luar biasa.
“Disebabkan itu, mereka berjumpa saya dan meminta kalau boleh permohon4n ini dibuat atas nama saya secara sementara dengan syarat pemilikan tanah itu nanti akan diserahk4n semula kepada mereka yang terbabit,” katanya.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi SLDB, berkata setelah membuat pertimbang4n, beliau setuju terhadap cadangan itu atas perkiraan bahawa jika permohonan dibuat atas namanya, tiada individu atau syarikat lain meneruskan permohonan mendapatkan tanah terbabit.
Katanya, pemimpin masyarakat juga beranggapan bahaw4 dengan menggunakan namanya, ia sebagai ‘benteng pertahanan’ untuk menghalang permohonan individu dan syarikat luar.
“Selepas mendengar penjelasan dan rayuan mereka, maka saya secara ikhlas bersetuju tetapi dengan bersyarat. Sekiranya ada isu negatif yang muncul, mereka hendaklah bersedia untuk memberikan penjelasan.
“Integriti dan ketelusan dalam prosedur permohonan tanah ini juga dapat dinilai kerana tidak melanggar prosedur Jabatan Tanah dan Ukur dan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) untuk mengemuka dan membentangkan notis permohonan tanah kerajaan,” katanya.
Abdul Ghani berkata, beliau akan menarik diri dan menyerahk4n pemilikan tan4h itu kepada koperasi yang ditubuhkan oleh penduduk Nabawan sendiri bagi memajukan tanah terbabit.