Alhamdulillah, akhirnya dap4t miliki rum4h lebih selesa’ – Ibu tunggal

KOTA BHARU: “Alhamdulillah, kami sangat gembira dan bersyukur apabila impian untuk memiliki rumah yang lebih selamat dan selesa, tercapai,” kata ibu tunggal, Cik Esah Yusoff, 49.

Sebelum ini, katanya, dia bersama empat anaknya yang berusia antara 10 hingga 23 tahun tinggal di rumah pusaka milik keluarganya yang terlalu usang dengan lantai dan dinding papan kayu sudah reput, bumbung rumah bocor, selain tidak mempunyai kemudahan tandas dan dapur yang selesa.

Katanya, apabila hujan lebat, dia dan anak-anak akan berpindah ke kawasan yang tidak bocor dan memeluk mereka apabila angin kencang serta ribut kerana masing-masing berada dalam ketakutan apatah lagi keadaan rumah yang sangat uzur dan menunggu masa untuk menyembah bumi.

“Alhamdulillah, kini tidur malam kami anak beranak lebih lena apabila huj4n lebat serta ribut dan pada masa sama tidak ada lagi rasa takut rumah dimasuki binatang berbisa.

 

Pada masa sama, air tandak dari bukit menjadi sumber utama untuk kegunaan harian termasuk mandi, minum, memasak dan mencuci pakaian.

Selepas kehilangan suami, Zainudin Seman, pada Oktober tahun lalu akibat COVID-19, Cik Esah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk membesarkan empat anaknya.

Cik Esah berkata, dia tidak mampu membina rumah baharu disebabkan upah menoreh getah tidak menentu dan hanya cukup untuk menampung keperluan makan minum lima beranak.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments