Keputusan mengenai perincian perancang4n bangunk4n LTSAAS dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memutuskan perincian perancangan pembangunan Lapang4n Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dalam masa terdek4t.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan sudah menerima perincian bagi pembangun4n lapangan terbang berusia 57 tahun itu daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), April lalu.

 

“Satu keputusan mengenainya akan dibuat kerajaan dalam mas4 terdekat selepas cadangan ini dipertimbangkan Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) mengenai perincian perancangan bagi pembangunan LTSAAS.

Pada Februari lalu, Loke memaklumkan, kerajaan meluluskan pelan penjanaan semula LTSAAS yang bakal melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan perniagaan pilihan di Asia Pasifik.

Katanya, LTSAAS dijangka mengubah statusnya menjadi hab penerbangan serantau dan meningkatkan kapasiti semasa lapangan terbang itu kepada lapan juta penumpang set4hun, sekali gus menjadi pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments