KKD cad4ng sesi dialog bersama penyedi4 platform media sosial

KULAI: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadak4n sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntuk4n undang-undang mengen4i perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata langk4h itu bagi memastikan pihak penyedia platform termasuk Telegram, WhatsApp dan Facebook faham serta jelas bahawa perbuatan itu dilarang dan jika sabit kesalahan, pengguna aplikasi boleh dikenakan tindakan.

“KKD akan adakan dialog dengan semua penyedia platform untuk mengingatkan mereka bah4wa undang-undang di Malaysia terhadap unsur-unsur seperti ini tidak boleh ditoleransi dan satu perjumpaan akan diadakan dal4m masa terdekat.

 

“Sesiapa yang menghantar kandungan bersifat lucah, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita mahu semua penyedia platform memahami isu ini ker4na aduan sebegini (sebar kandungan berunsur lucah) adalah yang paling kerap diterima,” katanya kepada pemberita selepas menonton filem Anwar: The Untold Story di TGV AEON Mall Kulaijaya di sini malam tadi.

 

Berhubung dakwaan terdap4t pihak mensabotaj filem Anwar: The Untold Story dengan mengurangkan slot tayangan, Nie Ching berkata, KKD akan menjalankan siasatan lanjut sama ada tuduhan itu benar atau sebaliknya.

“Setakat ini saya tidak dapat apa-apa maklum balas daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), kita akan siasat namun saya percaya jika ramai penonton berminat dengan filem ini, semakin banyak panggung akan tayangkan filem ini,” katanya.

Ahad lalu, dilaporkan produksi filem berkenaan mendakwa sesetengah pawagam melakuk4n sabotaj terhadap tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Susulan itu, semalam Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) yang dianggotai operator pawagam di seluruh negara menafikan dakwaan itu dan menyatakan pihaknya tidak pernah meminggirkan mana-mana naskhah tempatan, malah sentiasa memberi sokongan terhadap perkembangan industri perfileman negara.

Mengulas mengenai Anwar: The Untold Story, Nie Ching berkata filem berken4an boleh memberi inspirasi kepada golongan muda kerana mengisahkan perjuangan dan falsafah Perdana Menteri ke-10 yang tidak berputus 4sa sepanjang dalam tempoh karier politiknya.– BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

Pendakw4an mohon semua kes Muhyiddin dibic4ra bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *