SUNGAI BESAR: Polis mengambil keterang4n 10 individu bagi membantu siasatan kematian seorang wanita h4mil empat bulan yang ditemui dalam keadaan terbak4r di kawasan belukar kebun kel4pa sawit di Jalan Sungai Air Lim4u di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk memberi keterangan, hari ini.
“Mereka membabitkan s4ksi yang boleh memb4ntu siasatan termasuk ahli keluarga mangs4 berusia 21 tahun itu dan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Agus Salim berkata, tiada penahanan baharu dibuat pihaknya berhubung kes terbabit.
Katanya, proses bedah siasat mayat mangsa akan diadak4n jam pagi esok di Hospital Sungai Buloh.
Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu di Sungai Besar.
Suspek dan mangsa dikatakan adalah pasang4n kekasih yang menjalin hubungan selama setahun.
Suspek direman enam hari sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.