SEGAMAT: Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, Nur Nikman Yusof meningg4l dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah di sini, malam tadi.
Difahamkan, Allahyarham juga mantan Imam Masjid Bandar Labis rebah secara tiba-tiba sebelum disahk4n meninggal dunia.
Rakannya, Mohamad Abdull4h, 49, yang pernah bertugas bersama Nur Nikman sebagai im4m di Masjid Bandar Labis, dan menyifatkan arwah seorang imam ratib yang berdedikasi menjalankan tugas serta amanahnya.
“Lewat malam tadi, saya mendap4t perkhabaran duka dan menyedihk4n, rakan imam yang sama pern4h berkhidmat di Masjid Bandar Labis, Ustaz Nur Nikman meninggal dunia.
“Dia rebah selepas bermain badminton d4n tidak berjaya dipulihkan serta disahk4n meninggal dunia,” katanya ditemui di Labis hari ini
Katanya, Nur Nikman beras4l dari Pokok Sena, Kedah dan dengan usaha serta sumbangan jasanya yang turut aktif menjadikan masjid Labis pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran
Di Masjid Bandar Labis, beliau mengajar jemaah membaca al-Quran, tajwid dan taranum.
“Sepanjang saya bersamanya, arwah adalah seorang imam ratib yang sangat dedikasi dal4m menjalankan tugas serta amanahnya, disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran.
“Difahamkan, arwah pulang ke kediaman isterinya dek4t Felda Tenang di sini, sebelum meluangk4n masa untuk bermain badminton,” katanya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata polis menerima lapor4n mengenai kejadian itu pada jam 11.15 malam dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mend4pati mangsa yang lengkap berpakai4n sukan itu terbaring di lantai.
Menurutnya, pemeriksa4n pada mangs4 tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasik4n sebagai mati mengejut.
Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Nur Nikman Yusof, 40an dan maklumat dari saksi memaklumkan mangsa sempat bermain badminton set pertama bersama rakannya sebelum ditemui terjatuh dalam tandas.
“Rakan mangsa dikatakan mendengar bunyi jatuh yang kuat dari tandas dan arwah ditemui luka di dahi dipercayai rebah serta tidak sedarkan diri.
“Seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi Paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS)
“Pemeriksaan petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangs4 sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Pokok Sena, Kedah dari Masjid Bandar Labis di sini, kira-kira j4m 4 petang tadi.
Jenazah Allahyarham dib4wa pulang dengan van jenazah usai solat jenaz4h yang dihadiri kira-kira 200 kenalan dan ahli keluarga.