LANGKAWI: Golongan muda tidak boleh menjadikan hak sebagai pengundi di negara ini deng4n memberikan undi tanpa berfikir dan menilai kes4nnya kepada mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, sebagai golongan yang bakal memimpin negara pada suatu mas4 nanti, anak muda perlu mempuny4i nilai dalam idealisme, term4suk dalam percakapan dan amalan.
Jelasnya, tindakan menggunakan hak mengundi tanpa mengambil kira kesan kepada masa hadap4n hanya akan menyebabkan kerugian apabila pihak yang melakukan penyeleweng4n dipilih menjadi pemimpin.
“Anak muda kena ada nilai dan idealisme, bukan anak muda yang pertahankan penyeleweng4n. Orang yang ada nilai tidak melakukan penindas4n dan pemerasan.
“Apa juga tindakan yang diambil anak muda, termasuk dal4m kuasa politik, kena fikir d4hulu. Saya nanti nak kerja mana, gaji berapa? Gunak4n hak memilih dengan berfikir.

“Ada kata undi Anwar nanti orang Cina berkuasa, Islam akan dibenamkan, itu tak betul kalau kita percaya. Maknanya, kita tertipu dengan propaganda politik, kena ada alasan dan hujah, sebab itu anak muda mesti dilatih untuk berfikir,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Santai Petang dan Dialog Bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi (KVL), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, anak muda tidak boleh memiliki berperangai lebih teruk daripada golongan terdahulu yang melakukan pelbagai perangai negatif.
Katanya, golongan muda perlu melihat dan mengkaji setiap maklumat diterima dan tidak mempercayai kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka.
“Ada anak muda tetapi perangai lebih teruk daripada orang tua, ada anak muda tetapi menj4di tali barut apabila mempertahankan penyelewengan dan penindasan.
“Apa erti anak muda sebegitu, menjadi anak muda ikut sahaja yang diperkatakan dan menj4di seperti mereka yang tidak berfikir.
“Anak muda yang kita mahu mesti ada nilai dari segi keyakinan dan minat hendak bawa perubahan, minat dal4m menimba ilmu, minat dan cita-cita memb4wa kebaikan, itu yang disebut idealisme,” katanya.