KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.
Menurut Wan Shaharudin, pendakwaan sudah memfailkan permohonan supaya tujuh kes itu dibicarak4n bersama semalam dan ia diserahkan kepada pasukan pembelaan hari ini.
Peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin kemudian mengesahk4n perk4ra itu dan memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan p4da atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohon4n itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.
Sementara itu, Wan Shaharudin turut memaklumk4n bahawa pihaknya sud4h menyerahkan separuh daripada dokumen berkaitan kes kepada pihak pembel4an hari ini dan perkara itu disahkan Hisyam.
Wan Shaharudin berkata, pihaknya memohon tarikh sebutan yang lama untuk menyerahkan baki dokumen kerana pembelaan memfailkan banyak permohonan di Mahkamah Tinggi iaitu empat permohonan untuk memindahk4n kes ke Mahkamah Tinggi manakala satu permohonan untuk membatalkan tuduhan.
Azura kemudian menetapkan pada 4 Ogos ini bagi pihak pendakwaan menyerahk4n baki dokumen dan memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebut4n kes pertuduhan menggunakan keduduk4n untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi tadi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bers4tu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarang4n mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN)