‘Tiada bukti PN terim4 dana syarik4t judi’ – SPRM

KUALA LUMPUR: Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasion4l (PN) menerima dana daripada syarik4t perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata SPRM sudah menjalank4n kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

 

Bagaimanapun, katanya SPRM mendapati maklum4t terlalu umum dan tiad4 pihak yang boleh mengesahk4n isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan darip4da dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang medianya mendedahk4n kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkait4n perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

PAS menyifatkan mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.

Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan r4ya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

About Mat Lan Editor

Check Also

dj-era-terkejut-dapat-panggilan-dari-wanita-kongsi-pengalaman-bangga-rampas-suami-orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang. Apabila bercakap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments