Anak bongsu pengas4s Dnars Skincare pilih tinggal bersam4 kakak

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan an4k bongsu pengasas kosmetik Dnars Skincare, Qaseh Khadija Ahm4d Rizal Shah tinggal bersama kakak, nenek dan ibu saudara.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman, selepas Qaseh Khadija, 10, menerusi sesi pertanyaan di kamar memilih untuk tinggal bersama kakak, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71 serta ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36,

Peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi, berkata prosedur hari ini dibuat berdasark4n permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.

“Keputusan gak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarham Faziani Rohb4n Ahmad di Pasir Pekan.

“Kediaman itu sudah serasi dengan Qaseh Khadija di mana mereka membesar sejak kecil di rumah berkenaan.

 

Anak bongsu pengasas Dnars Skincare, Qaseh Khadija (tengah) bersama ahli keluarga di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu selepas memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek dan ibu saudaranya. - Foto ihsan keluarga
Anak bongsu pengasas Dnars Skincare, Qaseh Khadija (tengah) bersama ahli keluarga di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu selepas memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek d4n ibu saudaranya. – Foto ihsan keluarga

 

“Kini hak penjagaan Qaseh Khadija sudah berpindah kepada kakak, nenek serta ibu saudar4nya dan kita akan mengadakan perbincangan dengan peguam defendan berhubung hak lawatan. Mereka masih boleh berjumpa seperti sedia kala dan kita tidak mahu silaturahim antara anak dan bapa terputus.

“Alhamdulillah keputusan hari ini satu rahmat buat keluarga plaintif,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, anak perempuan pengas4s kosmetik Dnars Skincare memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Tuntutan itu dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah dan Faradilla Rohb4n sebagai plaintif yang diwakili peguam, Naimah dan Shaharuddin Mohamed, manakala Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.

Mereka memfailkan tuntut4n hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh Khadija yang juga adik bongsu kepada Irdiena Hakim.

Sementara itu, Irdiena Hakim meluahkan rasa syukur apabila adiknya membuat keputusan untuk tingg4l bersamanya.

“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan apabila selepas beberap4 tahun dipisahkan dengan adik, akhirnya Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama saya.

“Sebaik Qaseh Khadija membuat keputus4n, saya terus berlari memeluk Qaseh Khadija di kamar hakim kerana terlalu gembira,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments