Budak sesak nafas termak4n biskut dicampur g4nja dibuat bapa

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas selepas dipercayai termakan biskut dibuat bapanya yang disyaki dicampur ganja di Lawin, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam tadi, menyebut seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening dan loya.

 

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut dipercayai dicampur g4nja dibuat bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Bapa kanak-kanak itu direman lima hari bermula hari ini manakala saringan ujian awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

 

“Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya, mangsa dihantar ke Hospital Gerik dan seterusnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

“Keadaan kanak-kanak itu kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments