Bunuh bekas tun4ng ker4na enggan terusk4n hubung4n

KOTA KINABALU: Rasa tidak puas hati kerana ikatan diputuskan dipercayai menjadi motif seor4ng lelaki menikam bekas tunangnya hingga mati di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 21 tahun yang juga pembantu kedai di premis berkenaan ditemui terbaring dengan beberapa kesan tikaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa memutusk4n pertunangan dengan suspek tiga hari lalu atas alasan peribadi.

Katanya, suspek dikatakan sering mengganggu mangsa hingga mencarinya di tempat kerja kerana tidak puas hati pertunangan diputuskan.

“Mangsa yang adalah warga tempatan yang bekerja sebag4i pembantu sebuah kedai dan bekerja sendirian ketika kejadian sebelum didatangi bekas tunangnya yang dikenali selama setahun.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa namun wanita itu enggan meneruskan perhubungan mereka.

“Suspek dipercayai mendekati mangsa sebelum menikamny4 beberapa kali, menyebabkan wanita itu rebah ke lantai berhampiran kaunter juruwang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kalsom berkata, mangsa menjerit meminta tolong dan anggota keselamatan yang kebetulan berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, saksi melihat mangsa terlantar di lantai manakala suspek berdiri di sebelahnya sambil memegang satu objek berlumuran darah.

 

Anggota polis membawa keluar mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi proses bedah siasat. - NSTP/Juwan Riduan
Anggota polis membawa keluar mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi proses bedah siasat. – NSTP/Juwan Riduan

 

“Pihak keselamatan menghubungi polis dan suspek warga tempatan ditangkap di lokasi kejadian,” katanya.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota polis ke lokasi dan menemui mangsa sebelum menghubungi paramedik.

“Pasukan paramedik yang tiba kira-kira jam 12.50 tengah hari cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun tidak berjaya sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari.

“Selain menahan suspek, pihak polis turut menemui sebilah pisau dipercay4i digunakan suspek untuk menikam mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk proses reman,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments