PETALING JAYA: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai berada baw4h tahanan rumah di Shanghai, China, menurut pengar4ng bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope.
“China mengawal Jho Low dengan ketat disebabkan runding4n dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangk4p dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirk4n,” katanya menurut portal berita FMT.
Hope berkata, daripada aset risikan, Jho Low yang juga individu yang paling dikehend4ki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi liabiliti selepas Najib Razak disingkirk4n pada PRU 2018.
Semalam, Al Jazeera melapork4n Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Jho Low dipercayai “bersembunyi” di Macau.
Jho Low didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas tuduhan mendal4ngi penyeleweng4n USD4.5 bilion dana 1MDB. Beijing sebelum ini menafikan melindungi Low.
Malam tadi, dilaporkan bahawa sumber SPRM mengesahk4n Kee Kok Thiam, bekas pembantu Low yang memaklumk4n pihak berkuasa Malaysia mengenai keberada4n Low di Macau, meninggal dunia.
Kok Thiam kembali ke Malaysia pada 3 Mei lalu selepas lima tahun berada di luar negara.