‘Anwar h4nya nak memperalatk4n kemiskinan orang’ – Sanusi

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangan-angan untuk menoktahkan kemiskinan seperti yang diumumk4n sebelum ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, ini ker4na Anwar tidak dilahirkan dalam keluarga yang miskin seterusnya tidak memahami segala permasalahan yang dialami oleh golongan miskin.

“Nak muktamadkan kemiskinan, tak payah semb4ng la, berangan sahaja. Anwar hanya nak memperalatkan kemiskinan orang sahaja, dia bukan tau apa pun pasal orang miskin.

“Mana yang lebih kenal (orang miskin), orang yang betul-betul miskin dan bercakap mengenai kemiskin4n atau orang kaya yang berpura-pura seolah-olah dia pembela orang miskin.

“PMX (Anwar) tak tahu apa-apa, dia cakap pasal orang miskin, dia (pernah) jadi miskin ke. Dia (Anwar) itu dahulu anak pemimpin UMNO, ayah dia seorang Ahli Parlimen manakala mak dia pula adalah Wanita UMNO.

“Dia mengaji (belajar) pun dekat MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar). Jadi hari apa yang dia jadi miskin,” katanya dalam ucapan ketika Jelajah Selangor Baharu PN, di Kompleks PAS Tanjung Karang, semalam.

Sebelum ini, Anwar mempertahankan Kerajaan Perpaduan pimpin4nnya mampu menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.

Anwar berkata sebanyak 130,000 ketua isi rumah miskin tegar akan dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun ini.

Setakat 15 Mac lalu, Anwar memaklumk4n sebanyak 123,243 ketua isi rum4h miskin tegar sudah dapat dikenal pasti oleh kerajaan untuk dibantu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau yang sepatutnya bercakap mengenai perkara itu kerana lahir dalam keluarga susah.

“Nak paham orang miskin, kena jadi miskin. Macam saya ni faham la (masalah orang miskin), ayah s4ya dulu ada 13 orang anak, buat pelbagai kerja termasuk panj4t pokok petai, toreh getah, tukang buat rumah, ambil upah menebas, tangkap ikan, semua benda ayah saya buat.

“Jadi saya tau miskin itu apa, hang (Anwar) tak payah sembang miskin tu apa sebab hang tak tau apa,” katanya.

Katanya, sekiranya benar Anwar ingin menoktahkan kemiskinan seharusnya beliau membantu rakyat Kedah kerana negeri itu berada di carta nombor dua dari bawah dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Kalau betul dia nak membela orang miskin, dari segi KDNK, Kedah ber4da nombor dua dari bawah selepas Kelantan. Walaupun kita banyak produk namun tidak ada pelabuhan.

“Jadi barang kita semua dieksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Singapura, maknanya KDNK negeri Kedah dijumlahk4n ke Pulau Pinang, Selangor dan Johor Baharu.

“Nak noktahkan kemiskinan, luluskanlah hab logistik Kedah Aerotropolis,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments