Bekas ejen FBI, tali barut Russia ditemukan m4ti dal4m penjara

WASHINGTON: Bekas pengintip Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Robert Hanssen yang disifatkan biro itu sebagai yang paling merosakkan dalam sejarahnya ditemui mati di dalam sel penjaranya semalam, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Hanssen, 79, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2002 selepas meng4ku bersalah menjadi pengintip bagi Kesatuan Soviet dan selepas itu Russia selama lebih 20 tahun.

Usaha kakitangan penjara yang cuba memberikan bantuan perubatan bagi menyelamatkannya tidak berjaya selepas Hanssen tidak bertindak balas dalam kejadian semal4m, kata Biro Penjara dalam satu kenyataa

bgaimana Biro Penjara itu tidak mendedahkan punca kematian.

Hanssen menyertai FBI pada 1976 dan mula menjual maklumat sulit kepada Kesatuan Soviet pada 1985, menurut laman web FBI.

Pada mas4 penahanannya pada 2001, dia menerima lebih AS$1.4 juta (RM6.44 juta) tunai, dana bank dan berlian, sebagai pertukaran maklumat yang mengorbankan pelbag4i sumber manusia, teknik risikan dan dokumen sulit AS, kata lam4n web FBI.

Penyiasat FBI bekerja keras selama bertahun-tahun untuk cuba mengen4l pasti pengintip dalam pasukan mereka. Pada minggu-minggu sebelum penahanannya pada Februari 2001, kira-kira 300 kakitangan sedang menjalankan siasatan dan memantau Hanssen, menurut FBI.

Pasukan penangkapan membawa Hanssen ke dalam tahanan selepas menangkapnya sekali gus membuatnya ‘jatuh tersungkur’ apabila menemuinya bersembunyi di sebuah taman di pinggir bandar Virginia, kata FBI.

Dia menjalani hukuman seumur hidup di kemudahan keselamat4n kawalan ketat tahap tinggi di Colorado. -REUTERS

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments