KUALA LUMPUR: Polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasut4n terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyata4n Pulau Pinang milik Kedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebahagian daripada laporan sudah dikemukak4n kepada Peguam Negara dan sed4ng menunggu tindakan sel4njutnya.
“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahk4n Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab mengeluark4n beberapa kenyataan.
“Pertama, menuntut Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang ke Kedah dan kedua menyatakan ada asas yang kukuh bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
“Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan, kenyataan itu adalah tidak bertanggungj4wab,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar menjawab soalan Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesa4n Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamk4n Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah.
Perdana Menteri berkata, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebu4h negeri dalam Malaysia termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukk4n Negeri-Negeri Persekutuan adal4h Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu serta Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Katanya, Fasal (3) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersam4 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan Perlembagaan Negeri term4suk Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
“Mengapa perkara ini dibangkitkan? Memang betul sebab Pilihan Raya Negeri (PRN), apakah ker4na nak gelojoh kuasa pilihan raya, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara.
“Ini yang menyebabkan timbul permasalah4n. Kita dah merdeka lebih 60 dekad, parti-parti memerintah tidak pernah dibangkitkan melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melangg4r prinsip undang-undang Perlembagaan.
“Oleh yang demikian, saya serahk4n sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindak4n yang sesuai,” katanya.
Beliau turut menegaskan tidak berhajat mengulas kenyataan lain yang dibuat oleh Sanusi.
“Bukan kebiasaan saya untuk terjun ke lembah yang begitu rendah dalam politik.
“Saya bersetuju dengan pandangan Bagan bahawa hal ini perlu dihentikan dan saya harap deng4n kenyataan ini dan dengan siasatan polis yang sudah diserahkan kepada Peguam Negara, hal ini mesti dihentik4n kerana ini melanggar prinsip Perlembagaan yang diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu,” katanya.
Terdahulu, beberapa ahli Parlimen pembangk4ng antaranya, Beluran, Besut, Arau dan Pendang bangun membangkitkan Peraturan 23(1) Dewan Rakyat sebelum Guan Eng mengemukakan soal4nnya.
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) bertanya sama ada Peraturan 23(1)(C) Dewan Rakyat sudah dipertimbangkan sebelum soalan itu dikemukakan.
Mendengar perkara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata: “Saya sudah melihat dan meneliti soalan itu dan membuat keputusan ia tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Beluran”.
Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Ahli Parlimen Besut, Arau dan Pendang memb4ngkitkan Peraturan 23 Dewan Rakyat dan mendakwa kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh Sanusi.
Pada majlis menandatangani perjanjian sempadan darat dan maritim antara Kedah-Perlis, Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pin4ng masih hak Kedah.