Harga simen sem4kin meningk4t bulan lalu

PUTRAJAYA: Harga simen, salah satu elemen penting dalam industri pembina4n terus mencatatkan kenaikan dengan indeks harg4 seunit bahan binaan itu meningk4t 1.3 peratus pada Mei 2023 berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, antara penyumbang kepada kenaikan harga bagi pasaran simen adalah peningkatan kos pengeluaran yang masih berterusan seperti lonjakan harga bah4n mentah iaitu batu kapur, arang batu (yang digunakan dalam proses pembakaran), tenaga dan kos penghantaran.

“Menurut laporan daripada Commodity Market oleh Bank Dunia, harga tenaga meningkat 5.7 peratus pada April 2023, diterajui oleh minyak mentah (7.8 peratus) dan arang batu (3.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DOSM dalam kenya4an itu berkata, selain simen, bah4n binaan lain seperti pasir, batu-bata dan dinding turut mencatatkan kenaikan harga bulan lalu.

Sebaliknya, ia berkata perbandingan bulan ke bulan menunjukkan berlaku penurunan indeks harga seunit bagi bahan binaan seperti besi, papan lapis dan keratan keluli & logam bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei.

DOSM berkata, perbandingan tahun ke tahun bagi indeks harga seunit bahan binaan mencatatkan peningkatan di antara 2.1 peratus dan 8.4 peratus, bagi hampir kesemua bahan binaan kecuali keratan keluli & logam, besi dan papan lapis.

“Peningkatan tertinggi dalam indeks adalah bagi batu bata dan dinding, yang mencatatkan peningkatan sebanyak 8.4 peratus, diikuti oleh simen (7.8 peratus) dan bahan siling (7.4 peratus) pada Mei 2023 berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

“Manakala, indeks harga bagi seunit besi dan keratan keluli & logam mencatatkan penurunan masing-masing 3.6 peratus dan 1.5 peratus bagi Mei 2023 berbanding bul4n yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Jabatan itu menambah bahawa pur4ta harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan ‘Mycon 60 high tensile deformed bars’ adalah RM3,708.72 bagi seti4p tan metrik dengan penurunan 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, purata harga simen (Ordinary Portland) pula katanya mencatatkan peningkatan iaitu 1.4 peratus dengan purata harga RM22.81 bagi setiap 50 kilogram berbanding RM22.50 pada April 2023.

“Selain itu, Indeks Kos Binaan (tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli) bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.4 dan 1.8 peratus pada Mei 2023 berbanding pada bulan sebelumnya,” katanya.

DOSM dalam kenyataan itu turut menyatakan bahawa indeks harga seunit keratan keluli & logam serta besi mencatatkan penurunan masing-masing 0.2 peratus dan 0.1 peratus.

Ia berkata, penurunan indeks harga besi adalah seiring dengan penurun4n harga besi utama di peringkat global.

“Menurut laporan Commodity Market Oulook oleh Bank Dunia pada April lalu, harga bijih besi meningkat 27 peratus pada suku pertama 2023 berbanding suku tahun keempat 2022.

“Laporan itu turut menyatakan bahawa secara keseluruhannya harga bijih besi pada tahun 2023 diramalkan lima per4tus lebih rendah berbanding 2022 dan dijangka ak4n turun sebanyak empat peratus lagi pada 2024.

“Manakala, permintaan kekal kukuh pada suku kedua tahun ini apabila pengeluaran keluli dijangka memuncak, namun dijangka akan menurun pada sep4ruh masa kedua tahun ini,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments