KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, memberi penjelasan berhubung dakwaan harga telur yang dijangka naik dalam masa terdekat.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai reaksi segera kepada pertanyaan mengenai jangkaan kenaikan harga telur dalam pasaran neg4ra hasil penyelidikan y4ng dijalankan oleh MIDF Research
“Tanya Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamaiul-Huda, Ampang hari ini.
Laporan BH hari ini yang memetik nota penyelidikan MIDF Research menjangkakan, harga telur berpotensi meningkat dalam masa terdekat ini berikutan bekalan sumber makanan itu yang terhad di Malaysia.
Menurut penganalisisnya, Genevieve Ng Pei Fen, berkata selain bekalan terhad di peringkat domestik, penularan wabak selesema burung global telah menyeb4bkan bekalan telur di negara lain turut berkurangan.
Mengulas lanjut keadaan itu, Pei Fen berkata ia sekali gus berpotensi menjadikan h4rga telur import menjadi lebih mahal di negara ini.
Jelas Pei Fein, pada April lalu, harga purata bagi ayam ad4lah RM10.45 sekilogram, manakala harga telur gred A adalah 47 sen sebiji, gred B (45 sen sebiji) dan gred C (44 sen sebiji).
“Kami percaya bahawa pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak selepas kawalan harga ditamatkan, namun harg4 telur mungkin meningkat disebabkan bekalan yang terhad di peringkat domestik dan antarabangsa,” kata penganalisis itu.
Bermula 1 Julai ini, kerajaan mengumumk4n harga ayam dan telur tidak lagi disubsidi, sebaliknya ak4n diapungkan.
Penamatan itu adalah membolehkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menilai serta mengawal harga barangan sam4 ada naik atau turun, berb4nding harga siling runcit ketika ini.