‘Parkir bas’ kek4l j4di identiti PDRM FC

KUALA LUMPUR: Corak permainan menyer4p asakan dan melancarkan serangan balas dijangka terus menjadi identiti PDRM FC bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengendalinya, Azzmi Aziz mengakui strategi itu nampaknya sesuai dengan kekuatan yang dimiliki mereka ketika ini dan pemain berjaya menyesuaik4n diri dengan perancangan yang disusun.

Namun, Azzmi tetap menuntut peningkatan dari segi persembahan sekalipun berjaya merakam tiga kemenangan berturut-turut setakat ini.

“Sebenarnya, saya nak cuba main permainan menyerang tetapi kita tidak ada skuad yang besar dan kemampuan pasukan yang sangat ketara, jadi kita kena m4in dengan serangan balas pantas.

“Kita kena bertahan dan kemudian cari ruang menyerang balas pantas. Memang nampak ada kemajuan tetapi saya masih berharap bahagian serangan kita menjadi bertambah baik dan terus berkembang.

“Fokus kita tetap sama kerana kita bukanlah kelab besar dengan pemain bintang jadi kita kena lebih berdisiplin dan sabar. Saya harap kita akan jadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, skuad ‘The Cops’ mengekalkan status sebagai ‘pembunuh gergasi’ apabila corak permainan bertahan dan menyerang balas mereka mengejutk4n Sabah FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Taktikal terbabit jelas berjaya memerangkap beberapa pasukan Liga Super di mana selain Sabah FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor FC (SFC) turut ‘digari’ mereka.

Selepas 14 perlawanan, PDRM FC menghuni tangga kelap4n dengan enam kemenangan dan satu seri untuk menghimpun 19 mata.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments