Sotong sedang ‘berkand4ng’ di perair4n Terengganu

DUNGUN: “Tahun ini paling pelik dan mencatat sejarah dengan kebanjiran sotong yang menyerang perairan Terengganu,” kata nelayan, Mohammed Noor Yusof.

Mohamed Noor Yusof, 62, yang mempunyai dua buah bot, mendakwa musim sotong tahun ini membawa rezeki kepada ribuan nelayan di Terengganu serta orang ramai yang mengambil peluang memukat dan mencandat sotong.

“Memang banyak sotong tahun ini. Bukan sahaja sekitar Dungun, malah rakan nelayan di Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman turut mendakwa berlaku perkara yang sama.

“Pada waktu malam, kalau kita lihat tengah laut sepanjang perairan Dungun ,Paka dan Marang bagaikan pesta cahaya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun.

Mohamed berkata, dia sangat bersyukur apabila kedua-dua buah bot miliknya masing-masing pulang dengan membawa dua tan tangkapan sotong hari ini.

“Sotong mulai menyerang pertengahan bulan lepas dengan hasil tangkapan lima tan dan sepanjang tempoh bulan Jun ini sahaja saya peroleh sembilan tan tangkapan.

“Musim sotong kali ini juga pelik kerana sotong gemar ‘berkandang’ (tempat ratusan ribu sotong berkumpul dan bertelur) ketika bulan gelap.

“Biasanya, sotong akan berkandang dan muncul di waktu bulan terang dan tahun ini, ia (sotong) berkandang tanpa mengira bulan gelap dan terang,” katanya.

Rakannya, Shahrul Hisham Yusof,36, berkata dia bersama empat awak-awak memukat sotong sekitar kawasan kawasan 12 hingga 15 batu nautika dari Kuala Dungun.

“Pendek kata campak saja mata ‘candat’ dan pukat di mana saja tangkapan sotong akan mengena.

“Syukur, sepanjang 15 kali keluar ke laut bermula pertengahan Mei lalu hingga semalam, saya dan awak-awak berjaya mendaratkan kira-kira sembilan tan sotong,” katanya.

Shahrul Hisham berkata, hasil jualan di antara RM27 hingga RM29 sekilogram sekaligus mendatangkan rezeki buat dia dan empat awak-awaknya.

“Pendapatan itu dapatlah saya dan awak-awak bayar hutang bot dan buat perbelanjaan pada musim tengkujuh nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Musmahairi Mustaffa, 40, berkata kesempat4n itu diambil bersama lima rakannya keluar mencandat sotong.

“Bila dengar sotong banyak, kami menyewa sebuah bot dan keluar mencandat sotong dari jam 6 petang hingga 10 malam dan berjaya memb4wa pulang tangkapan sotong kira-kira 100 kilogram.

“Kami bahagi-bahagikan sotong itu dan jimatlah perbelanjaan kami kerana sekar4ng harga sotong sekitar RM 28 hingga RM32 sekilogr4m,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments