KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Perd4na Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melupakan UMNO sekiranya tiga negeri yang kini dikuasai parti itu dapat dipertahankan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Perkara itu dibangkitkan Presiden UMNO itu ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Agung UMNO yang turut dihadiri Anwar selaku Pengerusi PH di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam.
“PM (Perdana Menteri) jangan lupa kita mahu wakil UMNO dalam ketiga-tiga negeri itu….setakat ini belum ada wakil kita (di tiga negeri terbabit),” katanya ringkas sebelum disahut tepukan perwakilan.
Ahmad Zahid berkata, apa yang dibangkitkannya itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keberadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi mencerminkan kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan.
Terdahulu, Pengerusi BN itu turut menegaskan tekad UMNO bersama rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk mempertahank4n penguasaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembil4n dalam PRN akan datang, di samping memecahkan tembok penguasaan pihak lawan di Kedah, Terengganu dan Kelantan yang kini di bawah penguasaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak mahu tiga negeri jalur Melayu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu diheret ke kancah faham4n politik yang memisahkan rakyatnya.
Justeru, beliau menegaskan UMNO mer4sa bertanggungjawab memb4wa umat Melayu dan rakyat di negeri berkenaan kembali ke hakikat laman politik tanah air.
“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa umat Melayu dan rakyat di negeri-negeri berkenaan, menjadi sebahagian daripada Kerajaan Mad4ni yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.
“Jika kita benar-benar mahu melihat Islam dan Melayu unggul, kebersamaan di dalam kerajaan di Putrajaya akan mengukuhkan agenda Islam Melayu yang sederh4na dan progresif,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak agenda pembangunan asas terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan yang besar.
Katanya, soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba.
“Apakah mereka tidak diberi peluang? Selama 33 tahun menjadi pemerint4h di negeri itu malah wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, (tetapi) air karat masih gagal ‘dijernihkan’. Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka.

“Oleh itu sudah tiba masanya anak-anak Kelantan, Kedah dan Terengganu di perantauan, fikirkanlah nasib ibu ayah yang tinggal di negeri-negeri berkenaan.
“Janganlah dek ker4na satu undi yang kita berikan, kita akan terus membiark4n ibu ayah kita, berhadapan dengan kesulitan hidup berterusan.
“Inilah masanya untuk mereka bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia Madani,” katanya.
Beliau turut menegaskan UMNO dengan ketentuan Allah diberikan peluang untuk membuat perubahan.
Justeru, katanya pada PRN itu nanti yang mana dilaksanakan dalam keadaan sebuah kerajaan Persekutuan yang stabil, UMNO akan menggunakan peluang memastikan semua negeri ini membentuk kerajaan yang seiring dengan Putrajaya.
“Insya Allah, kita akan mampu membawa negeri-negeri berkenaan, melakukan perubah4n dan hidup rakyatnya penuh deng4n kesejahteraan,” katanya.