Kes pasangan tunang did4kwa bunuh budak dipind4h ke Mahkamah Tinggi

BATU PAHAT: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, memerintahkan kes seor4ng lelaki dan tunangnya yang didakwa mendera kanak-kanak lelaki berusia empat t4hun hingga mati pada Disember lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Zubaidah Mahat, mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Izzati Rozman untuk memindahk4n kes yang dihadapi tertuduh, Mohamad Izwan Mahmood, 26, dan tunangnya berusia 17 tahun.

Pihak pendakwa raya memohon kebenaran mahkamah untuk memindahkan kes itu selepas mendapat izin daripada Pejabat Pendakwaan Johor.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Izwan dan tunangnya didakwa membunuh kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKid itu antara jam 8 pagi hingga 2 petang di FELDA Semenchu, Teluk Sengat Kota Tinggi, antara 10 hingga 23 Disember tahun lalu.

Berikutan itu, pasangan itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukum4n mati.

Kanak-kanak malang itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sejak 23 Disember selepas dilaporkan pengsan di rumah rakan kepada kakaknya (tertuduh) di Senggarang, Batu Pahat, pada jam 6.45 petang.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada jam 6.40 petang selep4s empat hari mendapat rawatan di hospital sama.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dijaga kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahan dadah, namun kemudi4n diserahk4n kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Pada 5 Januari lalu, kakak kandung mangsa bunuh, Nurul Natashah Danial @ Zainal, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera adiknya itu di Jalan Kampung Sri Pantai, Senggarang di sini sekitar November hingga Disember tahun lalu.

Nurul Natashah didakwa melakuk4n kesalah4n yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments