Lelaki didakwa bunuh bekas teman w4nita dal4m kedai aiskrim

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduh4n membunuh bekas teman wanit4nya dalam kejadian di sebuah pusat beli-bel4h di bandar raya ini pada 29 Mei lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Chung King Fung @ Haidel Daniel Chung Abdullah, 32, sejurus pertuduhan dikemukakan terhad4pnya di hadapan Majistret, Lovely Natasha Charles.

Mengikut pertuduhan, Chung didakwa membunuh Nurul Ain Silien, 22, di kedai Polar Ice Cream, Lot B-48, Basement 1, Jesselton Mall, Jalan Haji Saman, di sini, pada 29 Mei, antara jam 12 hingga 12.20 tengah hari.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 K4nun Keseksaan ker4na membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pegawai pendakwa, Inspektor Kelven, memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dari pihak hosit4l serta laporan data asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari Jabatan Kimia.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan manakala tertuduh akan kekal ditahan kerana tiada ikat jamin dibenark4n untuk pertuduhan ke atasnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments