Serahan dokumen kes seks bek4s Pengarah Keselamat4n BERSATU, 17 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 17 Julai dep4n untuk penyerahan dokumen membabitkan kes bekas Pengarah Keselamat4n BERSATU Parlimen Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin, atas tuduhan melakukan seks menggunak4n objek terhad4p pegawai bank.

Hakim, Siti Aminah Ghazali, memutuskan tarikh itu ketika sebutan kes yang turut dihadiri peguam bela Wan Mohammad Ashraf, Datuk Ishak Mohd Yusoff dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, serta Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip.

Terdahulu, Nidzuwan memohon satu tarikh sebutan kes bah4ru untuk serahan baki dokumen kepada pembelaan.

“Kita ada serahkan dokumen kes itu hari ini kep4da pihak pembelaan, bakinya akan diserahkan pada sebutan kes seterusnya,” katanya.

Susulan itu, Mohamad Hanafiah mengesahkan menerima dokumen terbabit hari ini.

Pada 11 Mei lalu, Wan Mohammad Ashraf yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek terhadap pegawai bank tanpa kebenaran wanita itu.

Wan Mohammad Ashraf, 42, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 26 tahun di tandas wanita sebuah restoran di hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada jam 5 pagi, 2 Januari lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilar4ng mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments