Anak penjual nasi pec4h rekod sekolah, catat 9A sej4k sekolah ditubuh

PASIR PUTEH: Seorang anak penjual nasi, Nur Atie Yusma Mohamad Yusof, 18 mencipta rekod baharu sekolah apabila menj4di pelajar pertama mendapat keputus4n semua A dalam Sijil Pelajar4n Malaysia (SPM) sejak sekolahnya ditubuhkan, 11 tahun lalu.

Nur Atie memecahkan rekod sekolah itu yang tidak pernah mempunyai pelajar mendap4t kesemua A sejak dibina tahun 2011 dan mula meng4mbil pelajar SPM pada tahun 2012.

Nur Atie berkata, dia juga terkejut dengan keputus4n itu memandangk4n hanya memperoleh 3 A , 2B, 2C, 1D dan 1G dalam percubaan SPM.

“Saya bukanlah pelajar pand4i di sekolah, malah hanya pand4i memb4ca ketika usia lapan tahun, cuma saya banyakkan belajar jam 3 pagi, buat jadual belajar.

 

“Selain itu, saya buat solat sunat dan fokus dalam kelas serta banyakkan latihan bagi hadapi SPM,” katanya yang menerima lawat4n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Tuan Saripudin Tuan Ismail ke rumahnya di Kampung Gong Jering, Bukit Jawa, di sini.

Nur Atie juga pelajar tunggal yang mendapat A dalam semu4 subjek daripada jumlah 1,194 calon SPM di sekolahnya.

Walaupun sederhana dal4m pelajar, anak kepada pasangan Mohamad Yusof Ibrahim, 62, dan Latifah Abdul Manaf, 58 ini aktif dalam ko kurikulum.

Antaranya aktif dalam sukan bola baling, catur dan kelab teater sehingga mewakili sekolah dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan.

Nur Atie berkata, ibunya bekerja menjual n4si di depan rumah sementara bapanya, bekas pemandu lori sudah tidak bekerja kerana masalah kesihatan.

Anak keenam daripada lapan beradik ini berh4srat menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mencapai cita-cita menj4di seorang guru.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments