Isu kalim4h ‘Allah’: Nak putar belit, nak tipu rakyat ini seb4b apa? – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya berhenti darip4da memutar belit fakta dalam soal berkait4n isu kalimah ‘Allah’ apatah lagi menggunakannya untuk menipu rakyat.

Perkara itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memperjelas dakwaan bahawa beliau mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengeluarkan kenyat4an berbeza dalam isu berkaitan kalimah ‘Allah’.

Sebaliknya, Perdana Menteri menempelak Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini kerana memutar belit fakta.

“Apa yang bertentangan (dimaksudkan Zulkafperi) ini? Nak putar belit, nak tipu rakyat ini sebab apa, Nak dapat keuntungan politik? Jang4n dengan menipu,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) bangkit sebelum sesi PMQ bermula dan mempersoal mengapa usulnya bagi merujuk Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Dalam usul mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) itu, Dr Zulkafperi mendakwa Anwar membuat kenyataan mengelirukan Dewan pada 23 Mei lalu apabila memaklumkan keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah di mahkam4h, sudah dirujuk pada Majlis Raja-Raja (MRR).

Beliau mendakwa kenyataan berkenaan mengelirukan Dewan Rakyat kerana bertentangan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Jun lalu mencadangkan isu berkena4n dibawa ke Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos depan sebelum diangkat kepada MRR, Oktober ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa keputusan kerajaan menarik balik rayuan sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebanyak dua kali.

“Memang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Pertama kali ketika perjumpaan sehari sebelum itu (mesyuarat Kabinet) dan kemudi4n pada 7 Februari lalu di hadapan jemaah menteri dalam mesyuarat jemaah menteri, saya menelefon Yang di-Pertuan Agong tentang keputusan baharu, iaitu nak merujuk kepada MRR dlm soal pindaan (peraturan),” katanya.

Menurut Anwar, dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor, baginda berpendap4t usaha untuk meminda peraturan berhubung penggunaan kalimah Allah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diteliti di MKI dan dipertimbang dalam MRR.

“Saya bersetuju dengan pandangan Tuanku. Baginda sebut tidak difikirkan ada masalah sama sekali kerana keputusan itu akan memperakui keputusan MRR yang terdahulu dan diperkemaskan supaya tiada kekeliruan serta mempermud4h tindakan badan penguatkuasaan,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments