SUNGAI BULOH: Separuh daripada rakyat Malaysia tidak dapat menyimpan sebanyak RM1,000 untuk kegunaan ketika kecemasan disebabkan kurangnya pemaham4n mengenai perancangan kewangan.
Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata data daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, yang dibangunkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) di mana KWSP juga adalah ahlinya menunjukk4n ada keperluan langkah segera membantu masyarakat lebih celik kewangan.
Beliau berkata, data sama juga memperincikan 76 peratus rakyat mempunyai belanjawan, tetapi tidak semua yang benar-benar mematuhi belanjawan berkenaan.
Manakala, katanya 84 peratus rakyat mengakui bahawa mereka menyimpan secara tetap hanya untuk jangka pendek sahaja, di mana lazimnya, simpanan itu akan dikeluarkan semula pada hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian.
“Data ini jelas menunjukkan bahawa rakyat perlu mempergiatk4n lagi pendidikan kewangan dalam meningkatkan literasi kewangan.
“Ini sebagai salah satu prasyarat untuk mengukuhkan kesejahteraan kewangan dan masa depan persaraan masing-masing,” katanya ketika majlis pelancar4n Panduan Belanjawanku untuk Individu dan Keluarga di Malaysia 2022/2023.
Ahmad Badri berkata, memahami situasi literasi kewangan rakyat, KWSP sentiasa mengingatkan agar ahli sentiasa mencarum secara konsisten.
Beliau berkata, bagi membantu ahli menambah simpanan, KWSP turut menaikkan had maksimum caruman sukarela daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun bermula 1 Jun lalu.
“Selain itu, KWSP turut melaksanakan pelbag4i inisiatif lain bagi memperkukuh asas pendidikan dan literasi kewangan.
“Ini termasuklah khidmat nasihat persaraan percuma dan melaksanakan program literasi kewangan serta kaji selidik literasi kewangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pula berkata, pencarum boleh mengambil langkah simpanan tambah4n sebanyak 10 peratus bagi membolehkan mereka mendapat persaraan yang selesa.
Beliau berkata, jika dilihat kepada caruman ahli KWSP daripada sektor formal, mereka akan mencarum sebanyak 11 peratus dan tambahan 12 atau 13 peratus daripada sumbang4n majikan.
“Namun daripada jumlah caruman itu, disarankan agar menambah lagi 10 peratus bagi membolehkan kegunaan kecemasan dan tambah simpanan persaraan.
“Bagi sektor tidak formal juga disarankan laksanakan carum4n sukarela atau simpan sedikit daripada pendapatan. Ini adalah lebih baik daripada tidak mempunyai carum4n atau simpanan sepenuhnya,