Amang seksu4l kanak-kanak lapan tahun lel4ki dipenjara 7 tahun, sebat

TAWAU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kan4k-kanak perempuan berusia lapan tahun, dal4m sebuah kereta, Oktober lalu.

Hakim Rosli Ahmad, membuat keputusan itu selepas tertuduh Jumaidi Abdillah Adi Basar, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia lapan tahun dalam sebuah kereta di tepi jalan, belakang sebuah bangunan restoran makanan segera, di sini, kira-kira jam 8.30 malam, 20 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau didenda atau deng4n sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada hari kejadian dilihat menghampiri m4ngsa yang ketika itu berada di tepi jalan sebuah kedai runcit sebelum menarik mangs4 masuk ke dalam kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih yang dipandunya.

Tertuduh kemudiannya membawa m4ngsa menuju kawasan belakang bangunan sebu4h restoran makanan segera dan melakukan amang seksual terh4dap mangsa sebelum meninggalkan mangsa dalam keadaan lemah di kawasan itu.

Mangsa yang ditemukan oleh orang awam dibawa ke hospital dan h4sil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati empat kesan koyakan baharu pada selaput dara mangsa.

Hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 Oktober 2022.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments