OKU rentung d4lam kebakar4n

UALA NERUS: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Gong Datuk di sini hari ini.

Kejadian yang dipercayai berl4ku kira-kira jam 11.50 pagi itu menyebabk4n mangsa yang dikenali sebagai Senik Abdullah, 60, terkorban.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad @ Arshad, berkata pihaknya menerima panggil4n mengenai kebakaran pada jam 12.01 tengah hari sebelum 28 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Jalan Kota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik sampai, api sedang marak membak4r rumah berkenaan sebelum kerja-kerja pemadaman segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian sebelum kita menemui may4t mangsa di dalam bilik.

“Ketika ini, kerja-kerja pemadaman sedang dijalank4n dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa dikeluarkan dari lokasi kebakar4n jam 2.10 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments