RAUB: Pekebun durian di daerah ini digalak mendaft4r dengan Royal Pahang Durian Group (RPDG) supaya dapat turut serta dalam usaha menembusi pasaran durian di China.
Timbalan Pengerusi, Datuk Albert Chang Si Fock, berkata ketika ini 200 pekebun telah menyatakan hasrat untuk mendaftar bersama dengan mereka.
Justeru, katanya RPDG berharap lebih ramai pekebun dapat berbuat demikian bagi membolehkan durian itu lebih mudah untuk dieksport di bawah satu jenama.
“Royal Pahang Durian Resources (RPDR), Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan RPDG menggalakkan pekebun yang belum mendaftar untuk tampil dan memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan industri durian Raub sup4ya mencapai potensi sepenuhnya bagi jangka panjang.
“Semua pihak perlu bekerjasama bagi memajuk4n industri durian Musang King sekali gus dapat menjadikan Malaysia sebagai pengeksport durian berprestasi tinggi.
“Kita perlu lakukannya dengan kadar yang segera kerana pasaran durian di China memerlukan bekalan berkualiti yang konsisten,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakuk4n lawatan bersama media ke ladang durian RPDG di Raub, semalam.
Ladang milik RPDG itu berkeluasan 404.68 hekt4r dan mempunyai 26,000 pokok durian yang kebanyakannya adalah jenis Mus4ng King.
Si Fock berkata, sejak 2019, RPDR-PKPP telah berus4ha untuk menggerakkan dan menstrukturkan industri pertanian durian yang berpecah-belah di daerah Raub supaya menjadi perniagaan yang holistik dan teratur
“Kami percaya dengan bekerjasama kami dapat bergabung dan mempunyai pengaruh yang lebih besar. Kami akan beli durian daripada pekebun dan pasark4n, asalkan ia durian dari Raub yang sememangnya sudah mempunyai penggemar sendiri dan berkualiti,” katanya.
Mengikut statistik Jabatan Pertanian, terdapat 9,755 hektar penanam4n durian yang direkodkan di Raub pada 2020, yang mewakili 13 peratus daripada jumlah keseluruhan hektar penanaman di Malaysia iaitu 76,895 hektar.
Selain itu, menurut Laporan Industri Pasar4n Buah Segar China oleh China Insights Consultancy pada Julai 2022, pasaran durian China dianggark4n akan berkembang sehingga 130 bilion renminbi (RM 83.14 bilion) menjelang tahun 2026.
Dalam pada itu, Si Fock berkata, Malaysia berdepan persaingan daripada negara pengeluar durian yang lain antaranya Thailand yang telah mengeksport Musang King ke China selain Pulau Hainan di China sedang mengusahakan varian Musang King sendiri.
Selain itu, katanya, pengeluaran durian Indonesia pada 2021 mencapai 1.52 juta tan, menjadikan mereka sebagai pengeluar durian terbesar ketika ini tanpa protokol eksport dan capaian pasaran ke China.
“Seandainya Indonesia memperoleh akses pasar4n eksport dalam bentuk buah segar beserta versi Musang King mereka sendiri, persaingan pasaran ak4n menjadi lebih sengit dan membimbangkan.
“Mengambil kira pertumbuhan pasaran yang pesat dengan kemasuk4n akses pasaran dari Vietnam dan Filipina, RPDG berpendapat bahawa perlunya diwujudkan sebuah Lembaga Perindustrian Durian Malaysia sebagai pengawalselia untuk industri ini y4ng sed4ng berkembang pantas ketika ini.
“Bagaimanapun, saya masih optimis durian yang dihasilk4n di Raub mempunyai ku4liti yang berbeza dan rasa tersendiri sekali gus masih dapat mengek4lkan penggemarnya,” katanya.