Apa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?

Apa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?

Beberapa tahun lalu, seorang pesara bernama Edd Sheppard dari Shasta California, Amerika Syarikat, telah menulis satu artikel mengenai haiwan peliharaannya. Menerusi laman sesawang beliau, Awesome Araucana Chicken Hatchery, lelaki ini menceritakan pengalaman membela seekor ayam betina dari spesies Araucana Chicken.

Menurut Sheppard, dia mula memelihara ayam tersebut sejak tahun 1973 yang merupakan hasil pemberian daripada seorang rakannya. Ayam berwarna kelabu biru itu banyak mengeluarkan telur dan mampu hidup lebih lama berbanding spesies ayam lain. Jelas lelaki itu, ayamnya itu mampu bertelur lebih 24 biji pada satu-satu masa.

Apa yang lebih menarik tentang ayam ini, telur yang dikeluarkan lain berbanding ayam biasa. Kongsi Sheppard, ayamnya itu menghasilkan telur yang berlainan warna. Antaranya warna biru, hijau dan merah jambu.

Apa istimewanya ayam Araucana ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?

Mengikut rekod penyelidikan zoologi, ayam unik ini dikenali dengan nama Araucana Chicken atau nama Sepanyol dipanggil Gallina Mapuche. Secara saintifiknya, ayam ini tergolong dalam kumpulan Gallus gallus domesticus. Selain itu, ia merupakan baka ayam yang berasal dari negara Chile. Difahamkan, gelaran Araucana diambil sempena nama sebuah wilayah di negara berkenaan.

Keseluruhan fizikal ayam ini sememangnya berbeza daripada spesies ayam yang lain. Bahagian paling ketara sudah tentu di bahagian telinga haiwan ini. Jika diteliti betul-betul, ayam Araucana mempunyai bulu mampat seolah-olah seperti gumpalan janggut. Uniknya lagi tentang ayam ini, ia tidak memiliki ekor panjang seperti spesies ayam lain.

Sungguhpun keseluruhan fizikal tidak sama seperti ayam lain namun, daripada aspek proses pembiakan ia menjalankan proses yang sama dan turut menghasilkan telur. Namun, telur yang dihasilkan ayam ini agak berbeza dengan ayam-ayam lain.

Mengikut perkongsian maklumat dari The Poultry Pages, variasi warna telur ayam ini terjadi akibat kandungan pigmen dalam darah sewaktu pembentukan telur dalam oviduktus (saluran ovum). Pada tahun 1933, seorang pakar genetik British, Profesor Reginald Punnet telah mengemukakan satu hipotesis berhubung perkara ini. Sebab utama variasi warna telur dihasilkan ayam ini terjadi disebabkan satu jenis gen dominan yang digelar ‘0’.

Ayam Araucana menghasilkan satu jenis pigmen dipanggil Oocyanin. Ia terhasil daripada pembentukan hempedu. Secara tidak langsung, kehadiran pigmen ini telah mempengaruhi warna telur menjadi kebiruan, hijau, coklat gelap dan sebagainya.

Berdasarkan habitat, haiwan ini sama seperti spesies ayam lain. Ia boleh hidup di mana-mana kawasan di seluruh dunia. Tapi, ia lebih selesa hidup di kawasan yang beriklim panas dan kering.

Selain itu, ayam Araucana merupakan sejenis haiwan yang sangat jinak. Kalau anda semua ingin tahu, ia turut terkenal dengan kadar pengeluaran telur yang banyak. Siapa sangka bagi seekor ayam betina mampu bertelur sehingga 24 biji pada satu masa. Keistimewaan dimiliki haiwan ini menjadikan ia ayam pilihan bagi golongan penternak ayam telur.

Cuma, di Malaysia spesies ayam ini agak sukar dijumpai dan jika ada mungkin bilangannya agak terhad berbanding spesies ayam lain.

Baca Lagi:Tolong keluarkan kambing yang tersekat di jaring gol , Dr Zulkifli sempat usik penyokong MUSurirumah ‘berubat’ untuk dapatkan zuriat dirogol bomoh 20 kali hingga mengandung 7 bulanBudak perempuan 5 tahun nyaris maut dirempuh kereta mengundur

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments