Lelaki dedah 4 tangki ini jangan isi sampai penuh pada kereta, ini sebabnya

Lelaki dedah 4 tangki ini jangan isi sampai penuh pada kereta, ini sebabnya.

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan berenjin seperti kereta memerlukan cecair misalnya minyak dan air untuk memastikan kelancaran perjalanan.

Setiap tangki yang terbina di dalam kenderaan ini telah mempunyai sukatan yang ditetapkan. Antara tangki yang biasa anda temui adalah minyak power steering, minyak brek, air radiator dan air bateri.

Pun begitu, masih ramai yang sudah terbiasa meletakkan jenis-jenis cecair ini sehingga penuh tangki. Tahukah anda, sebenarnya amalan ini tidak baik untuk kesihatan kenderaan dalam jangka masa panjang.

Apa yang akan berlaku kalau isi penuh tangki? Nak tahu dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pak Wee di bawah.

4 Tangki Ni Jangan Isi Sampai Penuh Pada Kereta

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh @pakwee__oe di TikTok menjelaskan mengapa kesemua tangki ini tidak boleh diisi pada paras penuh kerana ia mempunyai pergerakan cecair.

Minyak Brek

Bagi tangki minyak brek, sekiranya brake pad haus, paras minyak brek akan menurun. Jika brake pad ditukar baru, ia akan kembali pada paras normal (meningkat).

Oleh itu, sekiranya minyak brek diisi sehingga penuh, minyak di dalam tangki berkemungkinan akan melimpah setelah brake pad baru ditukar.

Air Radiator

Kenapa air dalam tangki radiator tak boleh diisi penuh? Jawapanya mudah sahaja.

Apabila kereta berada dalam keadaan panas, paras air akan meningkat. Sehubungan itu, jika air diisi sehingga penuh tangki, ia akan melimpah keluar dari tangki.

Minyak Power Steering

Situasi yang hampir serupa, sekiranya cecair minyak ini dimasukkan berlebihan dari yang sepatutnya, minyak akan terkeluar.

Hal ini kerana sewaktu kereta dihidupkan, minyak akan bergerak ketika steering kereta diputarkan sama ada kiri atau kanan.

Air Bateri

Sewaktu tangki bateri sedang di cas, air bateri pada bahagian dalam akan menggeledak. Oleh itu, sekiranya ia diisi pada paras penuh, cecair itu akan keluar pada bahagian lubang-lubang kecil.

Perkara ini boleh memberikan kesan termasuk merosakkan kepala-kepala bateri dan barangan besi lain.

@pakwee_oe Kenapa air tangki tak boleh isi penuh?😨😨 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #knowlage #tips #tipskereta #MALAYSIAN ♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajahBaca Lagi:Budak perempuan 5 tahun nyaris maut dirempuh kereta mengundurPengotor! pekerja restoran campur jus oren dan air paip dalam besen mop lantaiKanak-kanak menangis ketakutan lihat ular sawa gergasi panjat pokok dari atap rumah

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments