Gara-gara minum Milo pelanggan dirakam CCTV, penghantar makanan diharamkan daripada GrabFood

Gara-gara minum Milo pelanggan dirakam CCTV, penghantar makanan diharamkan daripada GrabFood.

Seorang penghantar makanan GrabFood, yang dirakam oleh kamera keselamatan sedang meminum minuman daripada pesanan makanan yang dihantarnya, sudah diharamkan daripada platform penghantaran makanan Grab.

Encik Hazique Hibri, seorang pelanggan, berkongsi rakaman tersebut di TikTok, dengan beberapa pengguna online yang turut mengalami pengalaman serupa.

Dalam catatannya itu, Encik Hazique menunjukkan rakaman penghantar makanan tersebut sedang meneguk minumannya di hadapan rumahnya dan perbuatannya itu dirakam olehi kamera litar tertutup (CCTV) Encik Hazique.

Beliau mula berasa curiga apabila minuman Milo itu basah dengan titisan air dan kemungkinan ia ‘peluh atau air liur”.

Beliau turut menunjukkan gambar minuman yang kelihatan hanya tinggal tiga suku penuh dan penutupnya pula basah.

Beliau berkata: “Saya bersimpati dengan para penghantar makanan dan saya faham bahawa tugas mereka memenatkan. Saya faham anda berasa dahaga.

“Tetapi jangan berikan saya sesuatu yang telah anda letakkan di bibir anda.”

Encik Hazique menekankan bahawa penghantar makanan itu mempunyai rating lima bintang pada aplikasi Grab dan beliau tidak fikir ia adalah kali pertama dia berbuat demikian.

Video mengenai kejadian itu, yang dimuat naik pada Rabu (6 Sep) mendapat hampir 300,000 tontonan dan lebih 600 komen setakat Jumaat.

Seorang penonton berkata bahawa dia mengalami pengalaman yang sama: “Ini bukan sahaja minuman, kadangkala saya melihat kentang goreng saya tinggal satu perempat sahaja.”

Seorang lagi mengulas bahawa dia akan “sentiasa memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum memakannya” dan kebanyakan kedai makan kini “menggunakan pelekat” atau melakukan “simpul berganda” semasa mengikat beg makanan.

Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, Grab menegaskan bahawa insiden itu bercanggah dengan kod tatalakunya dan penghantar makanan itu telah diharamkan daripada platform tersebut selepas insiden itu dilaporkan.

Firma itu turut menyatakan bahawa ia telah memberikan bayaran balik penuh kepada Encik Hazique.

@haziquehibri can’t believe this is what ends up being my first ever TikTok 💀 #fooddelivery #grabfood #service #unclestengmymilo #unclecheckforpoison #goodbyeMILOver ♬ original sound – haziquehibri“Kami ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa ini adalah insiden terpencil dan tidak mencerminkan piawai tinggi yang ditetapkan ke atas para penghantar makanan kami.”

Pada Julai, seorang penghantar makanan GrabFood telah diharamkan daripada platform itu selepas mencampakkan pesanan pelanggan di luar rumahnya.

Pada 2020, seorang penghantar makanan GrabFood telah digantung akaunnya oleh Grab selepas berkelahi dengan seorang pekerja di rangkaian minuman Playmade’s Waterway Point, lapor laman web AsiaOne.

Baca Lagi:Nombor pendaftaran ‘M1M’ yang bermaksud ‘Malaysia Merdeka’ dibida paling tertinggi berjumlah RM622,000Surirumah ‘berubat’ untuk dapatkan zuriat dirogol bomoh 20 kali hingga mengandung 7 bulanApa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments