Guru tadika tak sedar tiga malam tidur bersama 3 mayat

Guru tadika tak sedar tiga malam tidur bersama 3 mayat.

“Saya tidak menyedari tinggal bersama tiga mayat mangsa selama tiga hari berikutan hanya pulang bekerja pada waktu malam,” ujar seorang guru tadika lelaki berusia 34 tahun.

Lelaki itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia kerap pulang pada waktu malam selepas seharian bekerja dan tinggal menyewa bilik berasingan di dalam unit rumah sama di sebuah pangsapuri di Ampang di sini.

Menurutnya, dia amat terkejut apabila mendapati wanita berusia 42 tahun dan dua anaknya berusia 14 dan 15 tahun sudah tidak bernyawa.

“Saya terkilan apabila mangsa yang juga bekas teman wanita saya tidak meminta bantuan berhubung masalah dihadapi sebelum mengambil keputusan mencabut nyawanya dan anak-anak,” katanya.

Katanya, walaupun sudah lebih setahun berpisah, dia masih tinggal menyewa bersama mendiang dan dua anaknya di unit rumah yang sama.

“Minggu lalu cuti sekolah dan anak bongsu mendiang mengalami demam selsema. Mereka tidak keluar bilik dan saya menyangkakan mereka mengambil langkah kuarantin kerana positif Covid-19.

“Kami sudah tidak bercakap sejak berpisah. Cuma anak lelaki mendiang ada berborak dengan saya sekali sekala.

“Isnin lalu, saya pulang dari berkerja jam 8 malam. Saya terus masuk ke bilik dan tertidur. Sekitar jam 12.44 tengah malam (Selasa) saya tersedar dari tidur sebelum terdengar bunyi pelekat plastik dipasang dari bilik mendiang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, tadi.

Katanya, itu kali terakhir dia mendengar bunyi pergerakan daripada bilik mendiang sebelum menemui mayat mereka dalam keadaan menyayat hati semalam.

Menurutnya, hatinya tergerak untuk menjenguk ke bilik mendiang selepas menemui nota ditinggalkan rakan sekerja mendiang di pintu rumah.

“Nota itu meminta mendiang untuk hadir ke tempat kerja. Saya cuba selitkan nota itu di celah pintu bilik mendiang tetapi gagal akibat ditutup sesuatu.

“Berikutan berasa sesuatu tidak kena, saya kemudian mengumpil tombol pintu biliknya. Saya menolak dengan kuat menggunakan badan sehingga terbuka.

“Sejurus pintu bilik terbuka, saya menggigil terkejut apabila menemui mayat tiga beranak terbabit yang sudah mula berbau busuk dan membengkak,” katanya yang kemudian menghubungi polis.

Baca Lagi:Selepas kecoh isu Zul Ariffin melawat kota Al-Ula, ini pencerahan Timbalan Mufti Negeri SembilanLelaki dedah 4 tangki ini jangan isi sampai penuh pada kereta, ini sebabnyaPekin Ibrahim dedah terima macam-macam petua pelik untuk dapatkan zuriat, ada petua bila nak bersama isteri kena buka….

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments