Pesakit warga emas ‘lari’ dari hospital untuk mengundi dalam PRK Pulai

Pesakit warga emas ‘lari’ dari hospital untuk mengundi dalam PRK Pulai.

Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas nekad ‘lari’ seketika dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.

Daud Ismail, 71, berkata, walaupun pada awalnya niat itu dihalang petugas hospital, dia tetap bertegas untuk ke pusat pengundian Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari hospital dengan dibantu anak angkatnya.

“Pagi tadi saya sudah bersiap untuk pergi mengundi, tetapi dilarang petugas hospital dengan alasan kurang sihat. Saya bertegas juga untuk keluar mengundi.

“Saya kata pada mereka, kalau tidak benarkan mengundi hospital kena keluarkan surat kerana mengundi itu hak saya. Jadi, saya tekad keluar dan minta anak angkat mengambil saya untuk bawa ke pusat mengundi,” katanya kepada Bernama.

Dia yang mendapatkan rawatan di HSA sejak Isnin lalu kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung bengkak dan darah pekat, bersyukur kerana proses pengundian cepat dan tidak berdepan sebarang masalah.

Dia yang masuk ke bilik mengundi pada 10.29 pagi dengan berkerusi roda dan ‘uniform’ hospital serta ‘drip’ di tangan, selesai melaksanakan tanggungjawab itu pada 10.31 pagi hasil bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sangat bersemangat untuk mengundi, tak kisah siapa yang saya undi, ini tanggungjawab saya kepada negara…rasa lega sangat bila dah selesai. Harapan saya sama seperti orang lain yang mahukan wakil rakyat yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat.

“Saya tak nak memperjudikan nasib anak cucu saya. Nasihat saya pada orang muda, keluarlah mengundi jangan ambil mudah,” katanya.

Sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang membabitkan 40,301 pengundi bagi memilih wakil rakyat baharu hari ini.

Kedua-dua PRK dilakukan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Baca Lagi:Lelaki dedah 4 tangki ini jangan isi sampai penuh pada kereta, ini sebabnyaRamai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaTular polis belanja piza sempena hari jadi banduan

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments