Ayam kesayangan hilang, lelaki bertubuh ‘sado’ meraung di balai polis

Ayam kesayangan hilang, lelaki bertubuh ‘sado’ meraung di balai polis.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki berbadan tegap meraung ketika membuat laporan mengenai kehilangan ayamnya di balai polis, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Balai Polis Tebo, Jambi itu dimuat naik dalam akaun TikTok @adi.sudirja.25.

“Ayam saya hilang, tuan. Tuan, ayam saya hilang,” kata lelaki tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak sambil ditenangkan beberapa anggota polis.

“Jangan pegang saya, jangan tenangkan saya. Biar kejadian itu diketahui ramai,” tambah lelaki itu.

Selepas diberi air mineral, tangisan lelaki tersebut mula reda dan dia kemudian melaporkan kes itu kepada polis.

“Tolong rekodkan, tuan (laporan). Nama ayam saya Ahmad Saputra, tuan,” kata lelaki itu.

Selepas kejadian itu tular, Ketua Polis Tebo, Wayan Arta Ariawan berkata, video tersebut dirakam hasil kerjasama pihaknya dengan seorang lelaki bernama Adi Sudirja.

“Video itu memberi pesanan bahawa Polis Tebo sedia berkhidmat untuk masyarakat dalam apa jua kes tanpa terkecuali,” jelasnya.

@adi.sudirja25Akhirnya sampai ke ranah hukum♬ suara asli – ADI SUDIRJA

Baca Lagi:‘Dia Masih Bujang’, gelagat Agong usik Tengku Hassanal buat ramai orang Sarawak terujaTak tahan tengok ibu dipukul ayah setiap hari, budak 9 tahun tinggal nota suruh berceraiIndividu rakam detik cemas dua ekor singa yang datang jilat khemah ketika sedang berehat

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments