Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babi

Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babi.

Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babi, kata Bahagian Kawalan Makanan Halal Kementerian Hal Ehwal Ugama (MoRA) di Jabatan Hal Ehwal Syariah.

Jabatan Perkhidmatan Saintifik Kementerian Kesihatan mengesahkan mengenai kandungan berkenaan selepas terdapat aduan daripada orang ramai berkaitan dengan penemuan barangan tidak halal itu.

Jabatan Hal Ehwal Syariah mengarahkan produk itu, serta barangan lain di bawah jenama berkenaan dikeluarkan daripada rak kedai bagi menghalang orang Islam membeli barangan terbabit.

MoRA juga mengingatkan pemilik perniagaan, pengurus, peruncit, pembekal dan pengimport supaya berwaspada apabila mengimport produk untuk dijual dalam memastikan barangan tidak halal tidak dipamerkan bersama yang halal.

Umat ​​Islam, restoran dan pembekal makanan yang menggunakan produk Skitto Clean, terutama pemilik sijil halal dan permit daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), diarahkan berhenti menggunakan berus dan pembersihan yang betul perlu dilakukan.

Sementara itu, MUIB turut membatalkan sijil halal yang dikeluarkan kepada sebuah kedai makan di Kampong Lambak berkuat kuasa 31 Ogos lalu.

Penarikan balik pensijilan itu disebabkan oleh pelanggaran keperluan halal, terutama kerana menggunakan empat berus yang dibuat dengan bulu babi, menurut kenyataan akhbar MoRA.

Baca Lagi:‘Dia Masih Bujang’, gelagat Agong usik Tengku Hassanal buat ramai orang Sarawak terujaIndividu rakam detik cemas dua ekor singa yang datang jilat khemah ketika sedang berehatTak tahan tengok ibu dipukul ayah setiap hari, budak 9 tahun tinggal nota suruh bercerai

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments