Pemilik Mercedez kena ‘sound’ depan-depan ketika selfie dengan kereta sendiri

Pemilik Mercedez kena ‘sound’ depan-depan ketika selfie dengan kereta sendiri.

“Dik, common sense sikit, kereta orang, takut calar.”

Demikian teguran yang diterima oleh Aina Qadiah, 22, ketika dia sedang duduk sambil bersandar pada kereta Mercedes-Benz miliknya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Menurut Aina, gadis itu membuat teguran seperti itu kerana menyangka dia sedang berswafoto sambil membuat rakaman video dengan kereta mewah milik orang lain.

“Masa tu saya pergi Bukit Bintang untuk beli shawarma dan parking tepi jalan. Saya duduk bersandar pada kereta sambil selfie dan rakam video.

“Tiba-tiba ada seorang perempuan tegur macam tu. Saya jadi terkejut. Tapi pada masa sama, saya rasa kelakar. Saya rasa cara dia tegur okay je.

“Bayangkan kalau saya parking kereta di situ, kemudian orang lain yang duduk bersandar. Teguran itu ada asasnya. Sekurang-kurangnya dia menegur. Terjagalah kereta saya,” ujarnya.

Saya rasa terhibur baca komen netizen. Tapi sudah tentu ada komen negatif. Ada yang kecam perempuan yang menegur tu.

Video kejadian itu turut dikongsi ke laman TikTok sehingga ia menerima hampir dua juta tontonan dan menerima pelbagai komen netizen.

Selain terhibur dengan kejadian tersebut, ada netizen yang beranggapan ia sekadar strategi pemasaran dan hanyalah lakonan semata-mata.

“Ala comel betul. Dua-dua malu. Malu salah tegur dan malu kena tegur.

“Malu beb orang yang tegur tu.

“Alahai ramainya percaya. Tak adanya orang nak tegur macam tu, melainkan owner kereta atau member kepada owner,” tulis beberapa netizen.

Kata Aina, dia peka dengan segelintir komen negatif yang mempertikaikan kesahihan video berkenaan dan menerima segala tanggapan netizen dengan hati terbuka.

“Sumpah terkejut bila viral. Saya rasa terhibur baca komen netizen. Tapi sudah tentu ada komen negatif. Ada yang kecam perempuan yang menegur tu. Tapi saya terima saja, saya tak layan mulut netizen,” ujar Aina lagi.

Mengenai dirinya, gadis asal Lahad Datu, Sabah itu berkata dia membeli kereta mewah berkenaan selepas menyertai perniagaan berkaitan produk makanan tambahan kira-kira dua tahun lalu.

@ainaqadiah_ Kejadian di bukit bintang pukul 11:30 PM 😭😭 Tapi terima kasih sis, sbb orang mcm sis la kete2 semua terjaga . #fyp #bukitbintang #viral #tesla ♬ its plenty – KenMenurut Aina, dia berasal daripada keluarga yang susah, sekali gus memberi inspirasi untuknya berhijrah ke ibu kota demi masa depan yang lebih terjamin.

“Saya duduk di pedalaman, Ayah saya kerja buruh, gaji RM800. Saya ada sembilan beradik, saya anak kelapan. Saya sebagai anak mahu keluar daripada kesempitan hidup.

“Selepas menyertai bisnes ini, saya pindah ke Kuala Lumpur. Selepas dua tahun, Alhamdulillah dapat kereta pertama. Tapi nikmat paling besar adalah saya dapat bagi duit pada keluarga,” ujarnya lagi.

Baca Lagi:Gara-gara minum Milo pelanggan dirakam CCTV, penghantar makanan diharamkan daripada GrabFoodWanita ini kongsi kisah bergelar jutawan walaupun bekerja sebagai tukang cuci rumahSelepas tular masak guna wain, Jakim sahkan restoran nasi ayam claypot tiada sijil halal

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments