Sekumpulan penunggang sanggup angkat motor bergilir-gilir lintas ‘divider’ elak sekatan polis

Sekumpulan penunggang sanggup angkat motor bergilir-gilir lintas ‘divider’ elak sekatan polis.

Gara-gara mahu mengelakkan sekatan jalan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sekumpulan penunggang sanggup mengangkat motosikal seecara begilir-gilir bagi melepasi pembahagi jalan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di Kuantan, Pahang.

Difahamkan, kumpulan tersebut merupakan sebahagian penunggang yang menyertai Himpunan RXZ Members 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Triple Z Motorparts, kelihatan puluhan penunggang terpaksa mengangkat jentera masing-masing bagi melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang diadakan berdekatan R&R Gambang.

“R&R Gambang tengah rancak ‘berperang’, tak complete (lengkap) cari la laluan alternatif lain atau balik pada masa yang selamat.

“Tak sanggup tengok kawan-kawan lari sana sini angkat motor membahayakan diri ‘cross wrong way’, utamakan keselamatan,” tulisnya hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan lokasi tepat klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen selepas menonton rakaman klip video tersebut.

Motor harga 100k mattt. Mana tak angkat naik divider. https://t.co/pNOYNMgrvd

— Anaz. iDevice repair 📱 (@annazrulan) September 10, 2023

“Dah 2023 dah. Cukup-cukuplah habis duit beribu modi (ubah suai) motor, ambil lesen motor. Roadtax (cukai jalan) dan insurans kasi ada dulu.

“Motosikal nak join konvoi buat standard balik. Baru tidak huru-hara atas jalan. Jalan raya bukan ada motosikal sahaja, kereta, lori bas semua ada. Bahaya di mana sahaja,” tulis Nik Irsham.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali Mohd. Bakhtiar Basir.

“Jaga keselamatan semua, dalam gembira keselamatan harus dijaga dan tidak menyusahkan pengguna lain,” katanya.

Baca Lagi:Individu rakam detik cemas dua ekor singa yang datang jilat khemah ketika sedang berehatSelepas tular masak guna wain, Jakim sahkan restoran nasi ayam claypot tiada sijil halalWanita sumbat 16 ekor cicak hidup dalam coli di tahan pegawai kastam

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments