Padah mahu gambar pra perkahwinan menarik, 50 hektar rumput di Gunung Bromo terbakar

Padah mahu gambar pra perkahwinan menarik, 50 hektar rumput di Gunung Bromo terbakar.

Gara-gara mahu gambar pra-perkahwinan jadi lebih cantik dan kreatif, gambar pra-perkahwinan bertukar tragedi apabila penggambaran tersebut menyebabkan kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di lokasi taman negara Gunung Bromo di Indonesia terbakar.

Lelaki berusia awal 40-an itu kini ditahan dan bakal didakwa selepas menyebabkan kawasan hamparan rumput terbakar teruk. Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Difahamkan idea menyalakan flare (mercun suar) datang daripadanya. Pada ketika ini, kawasan berkenaan berada dalam musim panas dan kering yang menyaksikan hamparan rumput dan lalang di situ mudah terbakar.

Lebih dikesali, pihak Taman Negara Gunung Bromo memaklumkan, ketika kebakaran awal terjadi, kumpulan penggambaran itu tidak langsung berusaha untuk memadamkan api, malah dibiarkan sahaja.

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.

@buletintv3 Gara-gara mahu gambar pra-perkahwinan cantik dan kreatif. Gambar pra-perkahwinan bertukar tragedi apabila penggambaran tersebut menyebabkan Bukit Teletubbies di taman negara Gunung Bromo di Indonesia terbakar. #buletintv3 #terbakar #praperkahwinan #indonesia ♬ original sound – BuletinTV3“Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo,” katanya.

Wisnu menambah untuk memasuki zon itu, mana-mana individu perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar harga permit berdasarkan jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Seseorang itu juga perlu mengisytihar semua peralatan dan perkakasan yang hendak dibawa masuk bersama.

“Akibat penggunaan suar itu, sekarang seluas 50 hektar hamparan rumput terbakar,” ujarnya. Kawasan itu sebelumnya begitu popular dan menjadi idaman pengunjung serta para pendaki kerana menawarkan pemandangan yang unik.

Baca Lagi:Misteri lubang gergasi di Yaman dikenali ‘Telaga Neraka’ mengeluarkan bau pelikRamai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaGara-gara minum Milo pelanggan dirakam CCTV, penghantar makanan diharamkan daripada GrabFood

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments