Selepas tular Isu nasi ayam claypot guna ‘Rice Wine’, ini penjelasan dari Pakar Industri Halal Negara

Selepas tular Isu nasi ayam claypot guna ‘Rice Wine’, ini penjelasan dari Pakar Industri Halal Negara.

Menurut Pakar Industri Halal Negara, meskipun cuka arak yang diletakan dalam sesuatu makanan itu tidak memabukkan, namun hukuman adalah tetap haram.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai status halal makanan viral nasi ayam claypot di sebuah restoran di Sri Petaling, Selangor.

Hal ini selepas tular satu video yang menunjukkan tukang masak nasi ayam itu meletakan ‘rice wine’ dalam hidangan tersebut sekaligus menjadi perbincangan ramai mengenai status makanan berkenaan.

Susulan itu, Pakar Industri Halal Negara Ustaz Mohd Amri Abdullah telah terpanggil untuk menjelaskan mengenai penggunaan sesuatu bahan yang mengandungi arak di dalam makanan.

Haram hukumnya guna cuka arak dalam makanan

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 pada 26-27 Jun 2006 telah memutuskan bahawa haram menggunakan ‘wine vinegar’ atau apa-apa jenis bahan yang mengandungi arak dalam proses dan penyediaan makanan.

Jelas Mohd Amri, meskipun cuka arak yang diletakan dalam sesuatu makanan itu tidak memabukkan, namun hukuman adalah tetap haram.

“Mabuk ke tak mabuk hukumnya adalah haram, kerana ia adalah arak,” katanya.

Pakar halal nasihat umat islam lebih berhati-hati terhadap makanan yang viral

Beliau turut menasihatkan umat Islam yang gemarkan sesuatu makanan viral untuk lebih berhati-hati termasuk mereka yang menggunakan pelbagai kicap dalam masakan.

“Kalau ianya arak walaupun sedikit ataupun arak yang disulingkan masih lagi arak, kalau cuka arak maka hukumnya haram, jadi berhati-hatilah,” katanya lagi.

Sementara itu, kami yang berkesempatan menghubungi Ustaz Muhd Amri telah bertanya mengenai hukum menggunakan ‘rice wine’ seperti yang diletakkan dalam makan viral berkenaan.

Makanan yang mengandungi tulisan ‘wine’ meskipun tiada kandungan alkohol tetap haram

Jelas Muhd Amri, sekiranya sesuatu makanan itu menggunakan nama wine meskipun tidak mengandungi sebarang alkohol sekalipun, hukumnya adalah tetap haram.

“Bila sebut ‘wine’ ini, sama ada mempunyai kandungan alkohol atau tidak, tetap hukumnya adalah haram,” katanya.

Berkongsi lanjut, Muhd Amri berkata sekiranya nama makanan tersebut ditukar selain perkataan wine, maka cara pemprosesan makanan akan menentukan status bahan tersebut.

@ustazamrihalal Isu video viral Nasi Ayam Claypot. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 pd 26-27 Jun 2006 telah memutuskan bahawa HARAM menggunakan cuka wain (wine vinegar) dalam proses dan penyediaan makanan. #ustazamrihalal #amrihalal #halal #winevinegar #cukaarak #makananviral #nasiclaypot #makananviral #videoviral #fyp ♬ original sound – Ustaz Amri Halal“Kalau cara prosesnya sama macam pemprosesan arak, memang asalnya arak pun dan dibuat di kilang arak, walaupun ditukar nama tapi hukumnya tetap haram,” ujar Muhd Amri kepada BuzzKini.

Maka jelas di sini bahawa kedai makanan tular yang menjual nasi ayam claypot itu sememangnya haram kerana menggunakan produk penambah rasa makanan berasaskan arak.

Bagaimanapun, ujar Muhd Amri, sekiranya premis tersebut menggantikan ‘rice wine’ dengan penambah rasa yang lain seperti minyak bijan makan hukumnya tidak lagi menjadi haram.

Tapai tidak haram, jika tujuannya untuk di makan

Mengulas mengenai respon segelintir netizen yang mengaitkan tapai dengan rice wine, Muhd Amri menjelaskan tapai hukumnya halal selagi ia tidak memabukkan.

Ini kerana tapai dihasilkan sebagai proses pemanis mulut atau makanan tradisi rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Ini bagaimanapun berbeza dengan air tapai kerana ia sudah menjadi arak dan boleh memabukkan.

Namun beliau menegaskan, apa sahaja makanan yang boleh menyebabkan mabuk adalah haram tanpa mengira sama ada mengandungi alkohol atau tidak.

Baca Lagi:Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babiSelepas tular masak guna wain, Jakim sahkan restoran nasi ayam claypot tiada sijil halalAyam kesayangan hilang, lelaki bertubuh ‘sado’ meraung di balai polis

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments