Aksi angsa menyibuk di tempat kemalangan buat ramai terhibur

Aksi angsa menyibuk di tempat kemalangan buat ramai terhibur.

Menerusi video TikTok itu, kelihatan angsa peliharaan bapa @ayudira627 turut menyibukkan diri ke lokasi kemalangan membuatkan gadis itu menjadi risau.

Lazimnya, apabila pulang atau melalui kawasan kampung, antara haiwan peliharaan yang sering berkeliaran adalah ayam.

Selain ayam, angsa juga turut menjadi pilihan kerana sifatnya yang kadang kala ‘garang’ dan boleh melindungi tuan rumah.

Oleh sebab itu, kebanyakan individu menggelar angsa sebagai ‘gangster kampung’ kerana tabiat mereka yang gemar menyerang manusia.

Kadang-kala pemilik haiwan ini juga boleh pening dengan sikap mereka yang sukar diduga.

Angsa Milik Bapa Menyibuk Di Kawasan Kemalangan

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @ayudira627 yang risau dengan tabiat haiwan peliharaan bapanya ketika berlaku satu kemalangan di hadapan rumah keluarganya.

@ayudira627 kejadian tadi petang depan rumah -syukur tiada cedera parah #hati2 #memandu ♬ bunyi asal – MissdiraPada awal video berkenaan, kelihatan seorang rakan wanita sedang menyolek gadis berkenaan di rumahnya.

Namun, segalanya terhenti apabila mereka terdengar bunyi kemalangan jalan raya di hadapan rumah mereka di Tuaran, Sabah.

Dia dan keluarganya bergegas keluar rumah bagi melihat situasi sebenar yang terletak hanya beberapa meter dari kediaman mereka.

“Kejadian petang tadi di hadapan rumah, syukur tiada cedera parah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian adalah kelibat angsa peliharaan milik bapanya yang turut menyibukkan diri ke lokasi kemalangan.

@ayudira627 Membalas kepada @mengdel ♬ bunyi asal – Missdira“Aku risau angsa ayah aku menyibuk,” tulisnya di video berkenaan.

Menerusi video yang mendapat tontonan lebih 200 ribu tontonan itu, kedengaran Ayu memanggil haiwan itu kerana risau angsa itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Hey, sini kamu jangan pergi sana! Angsa! Angsa, sini kau.

“Astagfirullahalazim, menyibuk juga angsa itu,” kata wanita itu.

Difahamkan, angsa berkenaan pergi ke lokasi kemalangan kerana menyedari tuannya yang juga ayah gadis berkenaan turut berada di tempat kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat angsa yang kononnya mahu mengambil tahu tentang kemalangan tersebut.

Namun, ada juga yang turut risau gangster kampung berkenaan akan menyerang kesemua manusia itu.

Ingatkan Angsa Tu Yang Kena Langgar, Bunyi Dia Macam Nazak Dah.

Baca Lagi:Sekumpulan penunggang sanggup angkat motor bergilir-gilir lintas ‘divider’ elak sekatan polisGara-gara minum Milo pelanggan dirakam CCTV, penghantar makanan diharamkan daripada GrabFoodWanita sumbat 16 ekor cicak hidup dalam coli di tahan pegawai kastam

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments