Tahukah anda hanya 3 orang sahaja dalam dunia ini tak perlukan pasport untuk ‘travel’ ke luar negara

Tahukah anda hanya 3 orang sahaja dalam dunia ini tak perlukan pasport untuk ‘travel’ ke luar negara.

Bila nak bercuti ke luar negara, benda yang paling penting sekali kita kena ingat adalah pasport. Kalau terlupa nak bawa atau nak check tarikh luput, menangislah kita di kaunter imigresen ya…

Bukan penting untuk kita je, baru-baru ni pun tular video tunjukkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah minta imigresenn tolong cop pasportnya dan Agong untuk ke luar negara. Hehehe comel je!

Tapikan, korang tahu tak yang sebenarnya ada tiga orang dalam dunia ni yang tak perlukan pun dokumen penting ni bila dorang nak travel dekat negara luar pada bila-bila masa? Nak tahu siapa? Jom baca artikel ni!

Apa itu pasport?

Menurut Kamus Oxford, pasport merupakan dokumen rasmi yang mengenal pasti seseorang itu merupakan rakyat sesuatu negara. Ia merupakan dokumen perjalanan yang menentukan seseorang itu apabila berada di negara asing.

Mungkin ada beberapa pemimpian dunia atau ahli politik yang dibenarkan untuk melancong tanpa perlu menggunakan visa atas sebab-sebab diplomatik tapi hanya tiga individu ini sahaja yang mempunyai keistimewaan luar biasa untuk melancong ke mana-mana negara tanpa membawa pasport.

Siapa yang boleh melancong tanpa guna pasport?

Maharaja dan Maharani Jepun

Kalau korang nak tahu, pasport Jepun merupakan dokumen yang paling berkuasa sekali di dalam dunia. Mana tidaknya, rakyat Jepun boleh melawat lebih 189 negara tanpa memerlukan visa. Tak cukup dengan itu, raja Jepun juga tak perlukan pasport untuk pergi ke luar negara.

Maharaja Naruhito, pemerintah Rumah Diraja Jepun yang ke-126 ini dan isterinya Maharani Masako mempunyai kebebasan untuk melancong ke luar negara tanpa memegang pasport.

Ini kerana, dokumen kementerian yang bertarikh 10 Mei 1971 memaklumkan bahawa ianya sangat tidak wajar bagi seorang Maharaja untuk menjalani prosedur imigresen atau Visa dan menggunakan pasport seperti rakyat biasa.

Jadi, jika Maharaja dan Maharani Jepun ini perlu pergi ke mana-mana negara, Kementerian Luar Negara Jepun akan memberitahu sesebuah negara itu terlebih dahulu mengenai kedatangan raja dan permaisuri mereka.

Namun begitu, bagi ahli-ahli keluarganya yang lain termasuk Putera Raja Fumihito dan Puteri Raja Kiko, mereka telah diberikan pasport diplomatik yang perlu digunakan jika mahu pergi ke luar negara.

Raja III Charles

Selain Maharaja dan Maharani Jepun, raja terbaru United Kingdom, Raja Charles III juga tak memerlukan pasport untuk melancong ke luar negara.

Keistimewaan ini juga turut dimiliki oleh mendiang Ratu Elizabeth II ketika mentadbir United Kingdom. Ini kerana, mengikut norma kerajaan UK, pasport British diberikan atas nama raja mereka jadi bagi logiklah kalau raja mereka tak memerlukan pasport. Kalau korang nak tahu, pasport UK tertulis:

Setiausaha Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Britannic meminta dan menghendaki atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada semua pihak yang berkepentingan untuk membenarkan pembawa pas ini untuk bergerak bebas tanpa sebarang halangan dan memberi bantuan dan perlindungan kepada pembawa pas ini sekiranya perlu.”

Tak seperti Jepun, isteri Raja Charles III, Permaisuri Camilla tidak mempunyai hak yang sama seperti suaminya dan perlu membawa pasport diplomatik sekiranya beliau ke luar negara.

Manakala Setiausaha Sulit Raja Charles III, Sir Clive Alderton telah dipertanggungjawabkan untuk memberitahu sesebuah negara yang bakal dikunjungi terlebih awal tentang kedatangan raja mereka ini.

Kalau korang nak tahu, Sir Clive Alderton merupakan salah seorang penasihat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Raja Charles dan Permaisuri Camilla sejak tahun 2006, iaitu setahun selepas mereka berkahwin.

Tahun ni merupakan set pertama pasport baru dikeluarkan atas nama Raja Charles di mana sebelum ini kesemua pasport membawa nama Ratu Elizabeth.

Seronok betul eh pergi luar negara tak payah fikir nak bawa pasport. Paling penting tak payah nak beratur panjang-panjang dekat pejabat imigresen dari sebelum subuh semata-mata nak buat pasport.

Baca Lagi:Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaSaintis Amerika bingung objek misteri di dasar laut, pengguna media sosial dakwa sebagai ‘telur makhluk asing’Hina Sultan Selangor: ‘Iman Mustaqim’ sempat baca quran sebelum dipenjara 6 bulan, denda RM10,000

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments