Video detik-detik bayi selamat dari maut, merangkak cari ibu dari lori yang remuk

Video detik-detik bayi selamat dari maut, merangkak cari ibu dari lori yang remuk.

Seorang kanak-kanak berusia setahun yang terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori di wilayah Lampung, Indonesia dirakam merangkak keluar dalam keadaan selamat dari bahagian hadapan salah sebuah kenderaan itu yang remuk, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kanak-kanak bernama Fatih Akbar itu dilihat merangkak keluar dari serpihan kemalangan sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi.

Sri Devi ketika itu sedang berusaha untuk keluar dari pintu tempat duduk kelindan yang turut remuk.

Anaknya yang baru belajar berjalan itu kemudian menuju ke arahnya dengan memanjat beberapa serpihan nahas.

Dua buah lori dilihat terbalik dengan salah satu daripadanya berada dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Menurut Sri Devi, dia tidak menyedari bagaimana kemalangan itu berlaku kerana dia dan anaknya itu sedang tidur ketika kejadian.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar (lori),” katanya.

Menurut Sri Devi, Fatih kini berada dalam keadaan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan ringan.

Seorang bayi nampak keluar dan merangkak dr kendaraan truk yg baru saja alami kecelakaan di lintas pantai timur Sumatera, Lampung Tengah.

.

.

Tidak berapa lama su Ibu jg berhasil keluar di dalam truk yg hancur berantakan. pic.twitter.com/kO1POqMMce

— KUPLE (@SastroMedia) September 11, 2023

Baca Lagi:Selepas viral guna ‘rice wain’ dalam masakan, peniaga nasi ayam claypot tampil beri penjelasanPemilik Mercedez kena ‘sound’ depan-depan ketika selfie dengan kereta sendiriNak cucuk duit di ATM dah tak selamat sekarang, lelaki selamba keluarkan pisau dalam bank buat pak guard gelabah lari keluar

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments