Bibik cabut lari bersama teman lelaki ketika majikan pergi Himpunan RXZ, sampai 3 ‘trip’ angkut barang dalam rumah

Bibik cabut lari bersama teman lelaki ketika majikan pergi Himpunan RXZ, sampai 3 ‘trip’ angkut barang dalam rumah.

Seorang peserta Himpunan RXZ Member 5.0 meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya melarikan diri ketika dia menyertai acara tersebut di Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Perkara itu dimaklumkan lelaki berkenaan menerusi video yang dikongsikan di laman sosial pada Selasa bersama dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman berdurasi 48 saat itu memaparkan pergerakan pembantu rumahnya yang ketika itu memunggah beberapa barangan dan beg keluar dari kediaman tersebut.

Lelaki tersebut turut mendedahkan beberapa barangan peribadi miliknya turut dilarikan pada hari berkenaan.

Tambahnya, pembantu rumah terbabit juga didakwa meninggalkan kediaman dalam keadaan tidak terurus seperti sampah tidak dibuang, sinki tersumbat dan baju mereka sekeluarga masih belum dicuci.

“Kita pergi (himpunan) RXZ Member, dia boleh lari ikut lelaki lain.

Banyak betul barang (diambil) sampai tiga kali ‘trip’ (masuk rumah) angkat barang.

“Sesiapa jumpa bibik (pembantu rumah) ini sila hubungi saya, kita tular (video) cari sampai dapat.

Apalah salah kami sampai buat macam ini, tinggal rumah macam itu, pintu dan pagar tak tutup,” katanya dalam hantaran di media sosial pada Selasa.

Dalam pada itu, turut kelihatan dalam video terbabit adalah seorang lelaki yang datang dengan sebuah kereta dipercayai teman lelaki kepada pembantu rumah tersebut sebelum membawa wanita itu pergi.

Menurut lelaki itu, pembantu rumahnya itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Jelasnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubunginya segera dan sedikit sagu hati akan diberikan pada individu berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 8 September lalu berdasarkan pada tarikh rakaman CCTV yang dikongsi lelaki terbabit.

Baca Lagi:Selepas viral motor kena sita, rider Food Panda cerita kisah sebenar..Misteri lubang gergasi di Yaman dikenali ‘Telaga Neraka’ mengeluarkan bau pelikMisteri penampakan cahaya di langit sebelum gempa bumi landa Maghribi jadi perbualan

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments