Budak 2 tahun telan 8 jarum suntikan vaksin haiwan

Budak 2 tahun telan 8 jarum suntikan vaksin haiwan.

Seorang budak berusia dua tahun di timur laut Peru tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.

Dia berjaya diselamatkan oleh doktor selepas melakukan pembedahan.

Menurut laporan, jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.

“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.

Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.

Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.

Budak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

Baca Lagi:Difitnah miliki kediaman mewah berharga RM20 juta di Country Height, Nurulhidayah bakal ambil tindakan undang-undangBerus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babiLelaki terkejut pemilik bengkel hanya caj RM1 untuk baiki kereta Perodua Viva miliknya

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments